Tuesday, 28 April 2020

Tadabbur AlQuran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah An Nahl 6 Ramadhan. 29.4.2020

Hari ke 6 Ramadhan
Menjadi Mukmin Produktif
Ayat ke 7 - 9

وَتَحْمِلُ أَثْقَالَكُمْ إِلَىٰ بَلَدٍ لَّمْ تَكُونُواْ بٰلِغِيهِ إِلَّا بِشِقِّ ٱلْأَنفُسِ ۚ إِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Dan ia memikul beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, (An Nahl 16:7)

Dari segi tafsir menyambung fungsi binatang ternak iaitu juga digunakab utk angkat barang beban dimana kita manusia terhad untuk angkat sendiri. Binatang ternak diberi kelebihan utk mengangkutkan barang ke destinasi yg kita nak pergi. Sekiranya kita angkat sendiri ..kita akan rasa berat penat susah dan payah. 

Sesungguhnya semua itu bentuk daripada sifat pengasih dan penyayang Allah pada manusia untuk memudahkan urusan manusia di dunia. Dia juga menciptakan kuda, baghal(kecik dari kuda dan besar dari keldai) 

Binatang ini untuk tungangan manusia. Di mesir ada yg gunakan lagi.

Fungsi 3 binatang juga utk perhiasan (zinah). Symbol pada kebanggaan orang dulu2. Contoh kereta mewah skrg utk menunjukkan kekayaan dan kehebatan. Manusia suka berlumba dan berbangga bangga dgn kenderaannya. 

Allah juga menyebutkan yg Allah akan terus menciptakan kenderaan2 lain selain dari yg 3..di masa akan datang ( kapal terbang..jet..dicipta manusia atas ilham Allah beri). Al Quran sudah menyatakan ini. Hak Allah untuk memberi hidayah. Hak mutlak. Tiada campur tangan. Nabi SAW juga ditegur mengenai bapa saudaranya. 

Hidayah baik dan buruk. Kalau sekiranya Allah kehendak dia boleh tunjuk hidayah yang baik untuk semua org. Tapi Allah tak mengkehendaki begitu.

Taddabur
Kata Kunci
1. Amrullah - ketepatan Allah
2. Ala mai yashaq - apa yang dikehendaki
3. Lailahailla Anna - kalimah tauhid 
4. Taqwa - manifestasi tauhid sebenarnya
5. Bil Haq
6. Nikmat Allah mula dgn kecil remeh
7. Manfaat - binatang ternak..beh kita lihat dan rasa (hissi) dan tak boleh dilihat (maknawi). 2 jenis nikmat.  nikmat yang ada manfaat
8. Sesungguhnya Tuhan kamu Maha *Rauffun*
Beza dari * Pemurah* Rahman..Rahman utk semua islam bukan islam makhluk lain...seluruh. Rauf lebih specific
Rauf belas kasihan - tak sampai hati..

Surah An Nur 24, Ayat 1 dan 2 
سُورَةٌ أَنزَلْنٰهَا وَفَرَضْنٰهَا وَأَنزَلْنَا فِيهَآ ءَايٰتٍۢ بَيِّنٰتٍ لَّعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya. (An Nuur 24:1)



ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى فَٱجْلِدُواْ كُلَّ وٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِاْئَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. (An Nuur 24:2)

Ra'fa
Rauf - tak sampai hati tgk org susah dihukum

Allah tak menginginkan manusia penat dan susah...lalu dia sediakan binatang ternak. Allah tak suka kita berada dalam kesusahan. Allah tak sampai hati lihat orang berimah dlm kesusahan. Secara asasnya orang beriman tak selama susah..Allah akan tunjuk jalan..
Bersama kesusahan ada kesenangan. Cuma manusia sombong angkuh bongkak..bila Allah bagi jalan dia tak ambik..kafir nikmat. 
Menolak nikmat Allah adalah perbuatan sombong.
Kisah Juha anaknya barangnya dan keldai**

Allah Tuhan Yang Maha Belas kasihan dan tidak sampai hati lihat manusia susah..pasti dia akab berusaha beri jalan keluar..tapi kita kene membuka hati untuk mengambil hidayah itu dan berusaha..berikhtiar. Bukak djri kita. Terima dan hargai apa jua pertolongan dari orang. 

Allah benci pada orang kaya sombong dan lebih lagi orang miskin yg sombong. Allah tak suka pemuda buat dosa..tapi lebih benci orang tua buat dosa. 

Allah tidak membiarkan hambanya susah. Tiada ketetapan dan ketentuan Allah tidak pernah menyusahkan manusia..tidak bebani seseorang luar dari kemampuan dan kapasitinya. Allah pasti tolong. Semua ujian yang diberi boleh dilepasinya.

Ar Rahiim..Penyayang
Lebih dari seorang ibu yang amat penyayang.

Orang yanf ingin produktif mesti berpegang prinsip bahawa Alllah itu Maha Rauf Maha Rahim
Pegang ini* dan akan produktif dalam hidup.

 Pada masa susah kembali pada prinsip setiap apa ketetapan ada manfaatnya. Usaha cari manfaat. Jangan bersikap malas. Ambil manfaat yg ada. Fikir jalan. Peluang sentiasa ditabur. Jangan ego. Buang minda negativd. Kalau boleh segala benda yg boleh guna dan halal saya akan guna.

Ketepatan Allah diiringi dgn waktu dan manfaat. Bukak minda. Allah akan bagi jalan untuk keluar dari kesusahan. 

Ayat 8
********
وَٱلْخَيْلَ وَٱلْبِغَالَ وَٱلْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةً ۚ وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal dan keledai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (An Nahl 16:8)

Kata kunci ayat 8 pada hujung ayat. Ketika manusia susah Allah tidak sampai hati untuk biarkan kita susah. Oleh itu Allah ciptakan sesuatu yg lain pula untuk memudahkan manusia. Bila kita bersungguh meminta  dan berusaha, Allah akan ciptakan benda baru untuk membantu kita. Allah beri kepada kita mula berfikir. Jangan dustakan nikmat Allah (surah Ar Rahman). Tetapi masih ramai yg ingkar dan kufur. Oleh itu Allah ulang ulang menyebut nikmat Allah yang mana lagi yang kita dustakan dalam Surah Ar Rahman. Allah mengadakan sesuatu yg belum ada kepada ada untuk memudahkan kita.


Boleh mengadakan sesuatu yg tak ada utk kemudahan kita manusia.
Begitu istimewa manusia.
Utk mendapatkan ilham idea innovasi baru kita perlu dapatkan hidayah

Ayat 9
********
وَعَلَى ٱللَّهِ قَصْدُ ٱلسَّبِيلِ وَمِنْهَا جَآئِرٌ ۚ وَلَوْ شَآءَ لَهَدَىٰكُمْ أَجْمَعِينَ
Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, dan di antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia menghendaki, tentulah Dia memimpin kamu semuanya (kepada jalan yang benar). (An Nahl 16:9)

Ketika manusia sudah Allah ciptakan..Allah ciptakan sesuatu melalui kita dengan mengfungsikan sesuatu untuk kita. HIDAYAH itu dari Allah dan Allah boleh beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Ilham idea gagasan innovasi baru dari manusia adalah hidayah Allah swt . Diberi pada siapa yg dia kehendaki. 
Dengan wabak Covid19 ini kita perlukan vaccine. Ubat penyembuh utk penyakit.

2 jenis Hidayah 
Irsyad - dilalah
****************
Tanda palang masjid..semua lalu boleh nampak. Nampak satu jalan manfaat tapi tak semesti ambik jalan tu. Semua orang dapat islam atau tak islam..beriman dan iman.
Semua dapat tapi sikit yg ambil. Kebanyakkan sia sia kan. Abaikan.

Taufiq
********
Nampak tanda jalan manfaat  dan kita gunakan. Apa terfikir dan baik terus buat.
Jangan abaikan.




No comments:

Post a Comment