Moga diberi ganjaran sama mcm kita pergi kelas. Siapa yg istiqamah melakukan sesuatu amalan sebelum ini...walau dia uzur atau ada keuzuran...Nabi ckp dapat pahala sama walau tak dpt lakukan.
Salawat dan Salam pada Nabi Muhammad SAW. Moga kita jadi umat yang akan bersamanya di akhirat.
Masing2 ayat Al Quran ada hubung kait ayat. Hubung kait surah. Ilmu dlm dlm ilmu tafsif munasabah surah (hubung kait surah lain dgn surah lain)..munasabah ayat (hubung kait satu ayat dgn ayat yg lain)
Kata kunci
Ayat2
1. Amrulllah...ketentuan dan ketatapan
2. Ala Mai Yashaq ...kepada sesiapa yg dia kehendaki.
2. Lailahailla anna.. Fattaqun
Semua ketetapan akan mengala pada Tuhan yg satu yg ehsa. Tauhid. Buah tauhid ialah taqwa
3. Bil Haqq - dengan kebenaran dab ketepatan
Ayat 4 - Ayat 6
****************
خَلَقَ ٱلْإِنسٰنَ مِن نُّطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُّبِينٌ
Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata. (An Nahl 16:4)
وَٱلْأَنْعٰمَ خَلَقَهَا ۗ لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنٰفِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ
Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan. (An Nahl 16:5)
وَلَكُمْ فِيهَا جَمَالٌ حِينَ تُرِيحُونَ وَحِينَ تَسْرَحُونَ
Dan kamu memperoleh pandangan yang indah padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya ke tempat penggembalaan. (An Nahl 16:6)
Allah menciptakan manusia dari setitis air mani ( jumlaj kecil) kemudian menjadi besar.
Ketetapan Allah kadang asalnya kecil...small things. Tapi lama kelamaan dia blh jadi bisa. Betapa banyak kejayaan kita peroleh mula dari perkara kecil
Sering org meremehkan perkara kecil. Namun kita jgn remehkan dan siakan sesuatu. Sangka baik yg kecil blh jadi besar. Hargai yg kecil dahulu..insya Allah dapat lagi besar
Ramai yg gagal dlm hidup sebab tak menghargai benda kecil. Hargai setiap yg kita dapat
Surah An Nahl dikenali juga sebagai Surah
An ni'am (jamak pada nikmat...nikmat2)
Kita patut bersyukur pada Allah...wlpn apa yg dia dpt kecil. Sebab semuanya bermula dgb kecil...benih nak jadi pokok
Orang yg faham mesej Allah akan hargai dan bersyukur dgn apa saja yg dtg padanya.Allah tuntut kitw syukuri yg keckl dan remeh temeh. Semuanya bil Haqq...ada alasan benar sebab yg jelas. Tidak ada sesuatu jadi pada diri kita yg sia sia.
Yang berlaku pada ramai manusia ialah mereka pertikaikan..bantah..dia tak melihat nilai. Kita kena ingat bila dpt sesuatu...ingat terus yg ini dari Allah melalui org lain. Orang bersyukur akan melihat segala yg dia terima dalam hidup ini sebagai dari Allah yant Esa. Hati2..manusia ada sifat salbiah dan ijabiah yang semulajadi
Sifat Ijabiah
Sikap positif yg menjadi kelebihan untuk kita
Sifat Salbiah
Sikap negatif menjadi kekurangan dan kelemahan. Cth:
1. Allah ingin meringkan sebab manusia itu lemah.
2. Al Yatsu - cepat putus asa
3. Istijal - terburu buru
4. Al Buhklu - kedekut
5. Al Jahlu - banyak tak tahu..bodoh
Kene mahu tuntut ilmu
6. Hasad Dengki dan Cemburu
7. Ha'sim - suka membantah
Kene mujahadah lawan Sikap Salbiah dengan sikap positif. Tak boleh kubur tapi bela dia..kawal dia..control dia.
1. Berfikir. Akal
2. Merasa..qalb hati
3. Dimuliakan Allah - rasa lebih utk bangkit
4. Boleh belajar dan perbaikki diri. Dia boleh cdpat pandai kalau rajin belajar
5. Samian mendengar dan boleh hindar benda buruk
6. Basiran melihat dan boleh hindar benda buruk
Sifat2 ini boleh bertukar dan subjektif. Dua2 negative dan positive ada manfaatnye. Cth bila nak belajar ilmu..kene sikap bodoh dan banyak tak tahu..supaya serious mencari Ilmu.Sifat lebih pulak boleh jadi negative kalau jadi terlalu megah akan jadi riyak dan bongkak
Ketetapan Allah sentiasa ada rahsia dan hikmah. Pandailah kita hargai dan lihat dan jangan sekali remehkan.
Ayat 5
An'am plural binatang ternak. Binatang ternak merupakan salah satu drp nikmat Allah. Oleh itu bila melihat binatang ternak akan mengingatkan kita pada Allah.
Binatang ternak adalah nikmat Allah pada kita. AL An am ini adalah haiwan syurga dan diturunkan dibumi utk hidup Nabi Adam dan cucunya. Diberi di syurga ke Nabi Adam..dan dihantar ke bumi utk anak cucu Adam. Sebagai manifestasi nikmat Allah pada kita.
Vegan - org yang hidup dgn perasaan akan mempunyai rasa kesian yang salah. Spt orang mempertikaikan kita yg tidak solat di masjid itu sebagai org yang munafik.
Allah jadikan apa yang ada di langit dan bumi utk kita sekalian manusia. Maka hargailah nikmat. Jangan hinakan diri kita dengan melakukan perkara yang haram. Ketentuan Allah bahawa binatang ternak itu untuk kita. Hargailah tapi jangan berlebihan. Allah halalkan byk utk kita. Pelbagai makanan untuk kita.
Pada binatang ternak itu ada manfaatnya..bulu sebagai pakaian. Binatang ternak adalah satu contoh..Bahawa setiap yg ditetapkan oleh Allah ada manfaat dan kegunaan.
Nikmat yg semulajadi dari Allah yg tidak diolehkan manusia adalah yg terbaik manfaat. Bila sesuatu itu byk diolah oleh manusia..ada kekurangan.
Whole food v processes food.
Tidak ada sesuatu yg Allah bagi kpd kita direct akan asa mudaratnya kpd kita. Apa yg Allah bagi adalah the best. Sifat semulajadi kita rindu kepada kehidupan yang sebenarnya, The real simple life.
Allah datangkan binatang ternak itu sbg salah satu contoh apa yg Allah dtgkan pada kita ada manfaatnya. Agaf kita dapat terima nikmat yg visible dan yang tidak visible. Spt manfaat solat yg tidak nampak. Sedangkan binatang ternak sahaja dah amat byk manfaatnya buat kita.
Manfaat solat sangat besar..
Ketetapan Allah sentiasa ada rahsia, ada hikmahnya. Hargai ketentuan Allah. Yang baik dan buruk itu jadikan peringatan.
No comments:
Post a Comment