Wednesday, 29 April 2020

Tadabbur AlQuran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah An Nahl. 7 Ramadhan 30.4.2020

Sambungan ayat 9 daripada semalam.

Doa , Segala Pujian dan Salawat.


وَعَلَى ٱللَّهِ قَصْدُ ٱلسَّبِيلِ وَمِنْهَا جَآئِرٌ ۚ وَلَوْ شَآءَ لَهَدَىٰكُمْ أَجْمَعِينَ
Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, dan di antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia menghendaki, tentulah Dia memimpin kamu semuanya (kepada jalan yang benar).
(An Nahl 16:9)

Hidayah hak mutlak Allah
Dalam realiti akan ada orang pilih jalan baik dan ada pilih jalan sesat.
Jangan sebab ayat ni kita ckp biarlah mereka..lepas tangan dan tak usaha dakwah. Kita tak tahu akhir kesudahan seseorang. Berbaik sangka dgn orang dan hidayah milil Allah.


هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً ۖ لَّكُم مِّنْهُ شَرَابٌ وَمِنْهُ شَجَرٌ فِيهِ تُسِيمُونَ
Dialah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. (An Nahl 16:10) 

Nikmat hissi dan maknawi. Hissi kita tahu melalui salah satu pancaindera kita. Maknawai kita rasa dgn hati.


*Nikmat Hissi
Langit bumi binatang ternak kuda baghal...
*Nikmat maknawi
Hidayah

Manfaat air hujan untuk minuman dan untuk pertumbuhan pokok.

يُنۢبِتُ لَكُم بِهِ ٱلزَّرْعَ وَٱلزَّيْتُونَ وَٱلنَّخِيلَ وَٱلْأَعْنٰبَ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرٰتِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. (An Nahl 16:11)

Orang Yang berfikir dan bertafakur akan mengingatkan manusia pada Allah dengan nikmat2 ini.


وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ ۖ وَٱلنُّجُومُ مُسَخَّرٰتٌۢ بِأَمْرِهِۦٓ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايٰتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami(nya), (An Nahl 16:12) 



وَمَا ذَرَأَ لَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُخْتَلِفًا أَلْوٰنُهُۥٓ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ
dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran.
(An Nahl 16:13)


Muara pada tauhid tuhan adalah satu. Manifestasi tauhid yg sebenarnya adalah taqwa. Setiap ketetapan adalah dengan haqq kebenaran . Allah cipta semuanya ada manfaat. Segala sesuatu ciptaan ada manfaat. Siapa memahami surah ini akan dpt lihat manfaat pada semua ciptaan Allah. Allah beri kemudahan kerana Rauf dan Rahim..tanda belas kasihan. Allah ciptakan apa yg tidak pernah ada untuk memudahkan manusia. 

Innovasi dea dtg dari hidayah Allah dan Gagasan hebat yg bawa perubahan semua dari Allah. Manusia lupa dan ingat semua usaha dia. Kalau kita tahu hidayah petunjuk idea hanya dari Allah maka mintaklah hidayah petunjuk idea dari Allah sahaja. Mulakan dgn doa. Tunjuk dan bimbing kami.

Soalan :bila perlu/harus bertawakal?
Tawakal yg tepat bukan setelah berusaha..lepas habis kudrat...
Jawapan: 

Surah Ali Imran, 159

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلْقَلْبِ لَٱنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى ٱلْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Ali Imran 3:159)

Tawakkal (bergantung) bermula pada masa kita bulatkan tekad dan azam yg pasti. Bila dah pasti satu pilihan terus bergantung sepenuhnya pada Allah dan yakin Allah wakil untuk selesaikan masalah. Sentiasa mengharapkan bantuan Allah dan hasil yg baik. Sentiasa berdoa dan munajat. Akan merasa Allah sgt dekat. Bila dpt kejayaan..akan rasa ini disebabkan doa.
Usahakan untuk teruskan  azam walaupun ada banyak pendapat. 

Manis kejayaan atas kebergantungan dan pengharapan. Mintak selalu pada Allah.


Ada lintasan fikiran drp malaikat dan lintasan drp syaitan. Fikiran yg dtg drp kita mcm mcm. Bila dah berazam utk lakukan sesuatu, sekiranya ia menjuruskan kita ke arah kebaikan yg mendekatkan kita kpd Allah, itu adalah lintasan drp malaikat. Minta Allah petunjuk utk melakukannya

Lintasan fikiran ada 2 bentuk menurut Nabi
1. lintasan fikiran dari malaikat - merupakan ilham dari Allah. 
2. Lintasan fikiran dari syaitan - 

Kalau idea mengahala pada mendekati Allah utk bertaqwa itu dari Malaikat. Pegang dan usaha laksanakan betul2. Tawakkal. Cari jalan untuk laksanakan ..mintak pada Allah
Kalau idea menghala kepada memjauhkan diri dari Allah itu dari syaitan.

Satu lagi hidayah...Hidayah Mauunah= Hidayah Pertolongan...bantu kita menyempurnakan azam kita..dgn cara kenalkan kita dgn org ..alat. bibit benih awal untuk berjaya dalam hidup kita...kalau tak jaga...tak tumbuh2...tak naik..jauh lagi nak dpt hasil . Dah pilih betul kene jaga. 

Hidayah maunah adalah hidayah pertolongan utk menyempurnakan usaha kita. Contoh dikenalkan kpd org, kita diberikan alat utk menyempurnakan urusan kita

Untuk menjaga.. ?

Ayat 10 An Nahl
Maa alakum ( Air untuk kamu)
Benih perlu disiram dan dibajai.

Jaga hidayah irshad kita agar kita diberi hidayah taufiq dan hidayah maunah

Air sebagai keperluan asas / basic need
Utama ialah untuk keperluan hidup kita..kemudian keluarga...adek beradek dan orang lain ..
Usaha baik akan memenuhi keperluan asasi kita dan boleh beri manfaat pada org sekelling kita

Ayat 11, kesan daripada usaha akan menumbuhkan pokok2 lain..new usaha akan bercabang

Bizness
Usaha kita perlu menghasilkan income harian. Cth kurma...buah pelepah.

Zaiton tanaman yg boleh tahan lama..ratusan tahun..makin tua makin hebat. Kene ada usaha bersifat long term

Anggur menghasilkan buah bermusim.

Pastikan usaha kita buat yang menghasilkan manfaat
1. Hasil Harian
2. Hasil Jangka Panjang
3. Hasil bermusim

Ayat 11 - usaha asas kita akan menumbuhkan usaha usaha yg lain. Usaha kita mesti ada usaha yg boleh kita nikmati hari hari. Pokok kurma dpt digunakan setiap hari, yg dpt dimanfaatkan hari2. Pohon zaitun bertahan lama. Lagi tua lagi menghasilkan buah dan minyak yg bagus. Kita kena ada usaha long term. Anggur. Pastikan usaha kita menghasilkan manfaat utk hari hari, long term dan berkala. Jadi pastikan usaha kita bermanfaat

3 jenis manusia dalam menerima hidayah dalam hadis Nabi . Perumpaan hidayah
Hidayah spt air hujan yang lebat

1. Tanah yang subur dan serap air dan tumbuh mcm mcm pokok. Resap masuk diri dan mempengaruhi sikapnya dan kemudian memberi manfaat pada orang lain...kongsikan..asbab untuk menumbuhkan kebaikkan yg lain.

2. Tempat air bertakung - tampung air itu. Orang lain dapat manfaat dan menyiram tempat lain. Memberi manfaat pada aorang lain..anak..anak murid...keluarga. dia sendiri tak guna ilmu tapi orang lain gunakan.

3. Tanah yg tandus dan tidak dpt menampung air dan tak boleh tumbuhkan tanaman .

Hidayah jenis pertama ada org terima hidayah dan masuk dan dia mempengaruhi perbuatan dan sikapnya. Dia juga mempengaruhi org di sekelilingnya. Ada kesannya pd org lain. Yg kedua ia dpt hidayah tetapi tidak bermanfaat buatnya tetapi bermanfaat kpd org lain. Contoh ada org ia menuntut ilmu tapi ia tidak jadi baik tapi boleh membuat baik dan beri manfaat kpd org lain. Org lain jadi lebih baik drpnya. Yg ketiga ia dpt hidayah tetapi tidak memberi kesan kpdnya dan tidak pula memanfaatkan org lain. Maka jaga hidayah kita kerana ia memberi kesan kpd kehidupan kita dan org di sekeliling kita. Jadikan ia asbab utk menumbuhkan usaha usaha di keliling kita


Hujung ayat 11 Kata
Kaumi ya ta fakkarun
Orang yang bertafakur...bukan sama dgn berfikir...ia dikaitkan dgn orang ulul albab   org yg menggunakan seluruh potensi dirinya.
Tafakur perlu dikombinasikan dgn zikir. Baru boleh hasil yang baik.

Sambung esok*





 

No comments:

Post a Comment