4 Ramadhan 1441 Hijrah
Hari ini kita fokus ayat ke 3 dan 4 Surah Al Nahl.
Kita bersyukur sebanyak atas segala nikmat kurniannya.Allah tidak tarik satu nikmat tanpa menyediakan nikmat yang lain.
Dia menciptakan langit dan bumi dengan hak. Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka persekutukan. (An Nahl 16:3)
Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata. (An Nahl 16:4)
Guna akal untuk melihat nikmat2 baru yang mungkin tersembunyi.
Selawat Salam pada Nabi SAW .
Ayat 3 dan 4 , Surah Al Nahl,ms 267
خَلَقَ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِٱلْحَقِّ ۚ تَعٰلَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dia menciptakan langit dan bumi dengan hak. Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka persekutukan. (An Nahl 16:3)
خَلَقَ ٱلْإِنسٰنَ مِن نُّطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُّبِينٌ
Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata. (An Nahl 16:4)
Dari segi tafsir ......
Langit sangat besar dibandingkan dgn bumi yg kecil. Allamul Ulwi dam Kabir . Alam yang tinggi dan besar luas. Langit ini kami yg menciptakan dengan tangan kami sendiri dan perluasan langit. Allah bukti keeasaannya dgn Langit.
Kemudian Allah buktikan keesaanya dgn penciptaan bumi. Alam yg rendah dan kecil.
Allamul Sufli. Manusia mensyirikkan Allah dan mengatakan ada tuhan selain dari Allah.
Allah maha suci daripada kesyirikkan yg mereka lakukan. Kalau ada tuhan lain pasti ada persengketaan. Allah cipta dan memilikki semuanya. Langit dan Bumi. Allah memgajak orang kafir Quraisy meyakini keesaan Allah dengan melihat penciptaan langit dan bumi.
Kemudian mengajak orang kafir Quraisy meyakini keesaan Allah dengan melihat penciptaan manusia sendiri. Sayangnya bila mereka besar dan boleh bersiri sendiri ternyata mereka tiba2 jadi penentang dan pembantah yanf nyata.
Tuhan yg menjadikan mereka dari takde ke ada.
Itu tafsir. Taddabur pula?. Apa hubungkait dengan kita.
Setiap takdir diiringi dengan tempoh masa ia berlaku (ajal). Iaitu tempoh mula dan akhir. Cth lahir di dunia dan meninggal dunia. Tempoh itu ghaib dari kita...kita tak tahu. Kecuali para nabi..(diriwayatkan oleh Nabi Muhammad SAW) .
Nabi Adam dapat lihat semua anak cucunya dari syurga...ada satu yg berbeza...bersinar dan bercahaya. Nabi tanya Allah siapa dia. Nabi Daud A.S. Kemudian ditanya berapa umur dia? Jawapannya umur dia 60 tahun. Kemudian dia tanya Allah berapa pulak umur saya..Allah menjawab..umur engkau 1000 tahun. Banyak beza kan. Nabi Adam dah jatuh cinta dgn cucunya yg comel...dia kata kesiannya kenapa sikit sangat umur...dia pun kata pada Allah..dia nak hibahkan umur dia pada cucunya nabi Daud. Allah kara boleh...dan memanggil malaikat utk tulis..dia kata...saya Adam menghibahkan 40 tahun umur saya pada cucu saya. Manusia sudah dicipta dalam bentuk roh di syurga. Syurga itu rumah asal kita. Kalau masuk neraka..maknanya tersesat. Nama dan hak kita dah ada kat sana. Tuntut lah dgn cara baik. Syurga itu warisan dan pusaka kita. Misi kita ialah balik kampung kita dengan selamat.
Kemudian Adam turun ke bumi dgn pelbagai ujian dan kesusahan. Ada anak baik dan ada yang menentangnya...qabil. habil baik. Sampai satu masa umur Nabi Adam cecah 960...malaikat maut dtg nak cabut nyawa tapi malaikat bagi warning dulu...Nabi Adam lupa perjanjiannya dgn Allah disebabkan masalah2 nya dan membantah.
Nabi meriwayatkan anak cucu Adam suka lupa dan membantah seperti juga Nabi Adam.
Riwayat Nasaie - Allah melengkapkan umur Nabi Adam kepada 1000 dan Nabi Daud hingga 100.
Kembali pada ayat kita. Ketetapan Allah pati dan ada tempohya. Allah tentukan tempoh bukan kita. Kita kene sentiasa bersedia. Orang yang menghayati dan memahami ketetapan Allah yg berdasar ilmu yg Maha luas dan kebijaksanaan yg tinggi. Tiada yg diciptakan kecuali dengan benar. Semua ada sebab. Allah menetapkan satu ketentuan pada kita bil haqq ..dengan benar betul dan tidak sia sia.
* bil Haqq*
Tiada Tuhan melainkan Aku yang menciptakan segalanya. Ciptaan langit dan bumi menuju pada pembenaran bahawa hanya Allah sahaja Tuhan. Tauhid dan pengesaan Allah.
Covid 19 juga membawa kepada pembenaraan itu. Covid virus kecil yg tak nampak. Akhirnya manusia akur
Ramai manusia skrg lupa tauhid dan mempetuhankan diri sendiri dan achievement dia...kehebatan dia. Allah dtgkan covid utk menyedarkan manusia..
Banyak manusia persekutukan Allah.
Langit dan bumi tidak kami cipta dgn sia2. Maha suci Allah dari kesyirikkan yg mereka lakukan. Kembali mengesakannya Lailahaillah..fataqqun...perbaiki hati dan amalan. Hati mungkin ada ujub, bangga megah...Contoh dulu jutawan skrg berhutang
Imam Ibnu Katsir -
Surah An Najm, 53:31, ms 527
Dan hanya kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (surga). (An Najm 53:31)
وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمٰوٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ لِيَجْزِىَ ٱلَّذِينَ أَسٓـُٔواْ بِمَا عَمِلُواْ وَيَجْزِىَ ٱلَّذِينَ أَحْسَنُواْ بِٱلْحُسْنَى
Dan hanya kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (surga). (An Najm 53:31)
Jika manusia tidak diuji mcm mana nak dapat balasan dan baik.
Ciptaan langit bumi haiwan....nak tgk siapa pilih jalan baik dan jalan buruk. 2 Jalan
Allah ilhamkan pada ketika benda yang buruk dan benda yang taqwa. Kita diberi pilihan. Ada perkara yg perlu kita pilih . Setiap perkara yg ada pilihan ada balasannya. Yg tiada pilihan kita tak dpt apa2 balasan2. Contoh rupa muka dia...physicalnya.
Allah mencipta langit bumi dan segalanya dengan haqq iaitu menzahirkan nanti ada orang baik dan orang buruk dan ada balasannya.
Oleh uji kita untuk menzahirkan sifat baik atau sifat buruk.
Sebelum diciptakan Adam ...Allah dah beritahu dia nak dia jadi khalifah di Bumi
Hadis Qudsi:
Bagaimana kamu boleh mengalahkan aku padahal kamu dicipta dari yg hina mcm air ludah.Airmani Air lidah lebih kurang
Tapi kamu nak berlagak lebih hebat dari Aku.
Kemudian Allah sempurnakan penciptaan mu dengan rupa badan dan anggota .
Dapat melangkan dan berjalan dan dibumi ini tempat kamu ditanam.
Kamu kemudian cari kekayaan kemasyuran popularitu harta dan jadi bakhil....tidak menginfakkan..sehingga maut dtg menjemput mu...baru kamu ckp..Ya Allah..bagi aku peluang untuk sedekah. Sudah terlambat.
Didunia bukan tempat berbangga..tunjuk hebat..
Menundukkan hati dan diri kita pada ketetapan Allah . Lihatlah dunia dgn pandangan benar. Tempat utk berbakti dan amal soleh. Akan bahagia dunia dan akhirat
Manusia minta peluang bersedekah kerana pahala sedekah yg ditunjukkan dulu.
Ikhlas itu ada pada hati. Hati milik Allah Bersangka baik dengan orang.
No comments:
Post a Comment