Friday, 28 August 2020

TADABBUR SURAH AN-NAML SESSI 6 AYAT 10-14 : 30 Aug 2020M

 Nota Perkongsian 30.08.2020
Tadabbur Surah An-Naml Sesi 6 akan membahas surah An-Naml Ayat 10-14
Tema: MEMBINA PERADABAN (Tamadun) MANUSIA UNGGUL 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Assalamualaikum wrbt
Bersyukur kita ke hadrat Allah swt, atas pelbagai limpahan rahmat dan kurnia pada kita semua, Alhamdulillah. Pada pagi yang berbahagia ini kita kembali bersama-sama dalam majlis ilmu kita iaitu tadabbur Al-Quran surah An-Naml. Mudah-mudahan Allah swt melimpahkan rahmat dan kurniaannya serta ilmu yang bermanfaat pada kita semua. Amin amin ya rabbalalamin. Selawat dan salam tidak lupa juga kita sampaikan kepada baginda Nabi Muhammad saw. Hari ini kita sambung perbincangan kita tentang Surah An-Naml yang semalam kita berhenti pada ayat yang ke-sepuluh. Harini kita akan baca hingga ayat ke 14. 

Bacaan:

وَأَلْقِ عَصَاكَ ۚ فَلَمَّا رَءَاهَا تَهْتَزُّ كَأَنَّهَا جَآنٌّ وَلَّىٰ مُدْبِرًا وَلَمْ يُعَقِّبْ ۚ يٰمُوسَىٰ لَا تَخَفْ إِنِّى لَا يَخَافُ لَدَىَّ ٱلْمُرْسَلُونَ
dan lemparkanlah tongkatmu". Maka tatkala (tongkat itu menjadi ular dan) Musa melihatnya bergerak-gerak seperti dia seekor ular yang gesit, larilah ia berbalik ke belakang tanpa menoleh. "Hai Musa, janganlah kamu takut. Sesungguhnya orang yang dijadikan rasul, tidak takut di hadapan-Ku.(An Naml 27:10)

إِلَّا مَن ظَلَمَ ثُمَّ بَدَّلَ حُسْنًۢا بَعْدَ سُوٓءٍ فَإِنِّى غَفُورٌ رَّحِيمٌ
tetapi orang yang berlaku zalim, kemudian ditukarnya kezalimannya dengan kebaikan (Allah akan mengampuninya); maka seaungguhnya Aku Maha Pangampun lagi Maha Penyayang (An Naml 27:11)

وَأَدْخِلْ يَدَكَ فِى جَيْبِكَ تَخْرُجْ بَيْضَآءَ مِنْ غَيْرِ سُوٓءٍ ۖ فِى تِسْعِ ءَايٰتٍ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَقَوْمِهِۦٓ ۚ إِنَّهُمْ كَانُواْ قَوْمًا فٰسِقِينَ
Dan masukkanlah tanganmu ke leher bajumu, niscaya ia akan ke luar putih (bersinar) bukan karena penyakit. (Kedua mukjizat ini) termasuk sembilan buah mukjizat (yang akan dikemukakan) kepada Fir'aun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik".
(An Naml 27:12)

فَلَمَّا جَآءَتْهُمْ ءَايٰتُنَا مُبْصِرَةً قَالُواْ هٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ
Maka tatkala mukjizat-mukjizat Kami yang jelas itu sampai kepada mereka, berkatalah mereka: "Ini adalah sihir yang nyata".
(An Naml 27:13)

وَجَحَدُواْ بِهَا وَٱسْتَيْقَنَتْهَآ أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا ۚ فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عٰقِبَةُ ٱلْمُفْسِدِينَ
Dan mereka mengingkarinya karena kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan.
(An Naml 27:14)

Maha Benar Allah ke atas firman-firmannya.

Semalam kita bincangkan tentang nabi Musa dan kita cuba untuk menggali pengajaran daripada kisah tersebut iaitu tentang bagaimana cara mendekatkan diri kepada Allah swt. Nabi Musa ketika bertemu dengan Allah swt, maka ia diberkati tempat dia berada dan diberkati orang sekelilingnya. 

Ini menunjukkan siapa yang dekat dengan nabi dan rasul dan mengikutinya serta beriman kepadanya maka hidupnya akan berkat. Seperti itu jugalah orang-orang yang dekat dengan orang-orang soleh, insyaAllah akan mendapat keberkatan sekali. Keberkatan dalam bentuk apa? Mudah untuk  kita beramal dalam hidup kita ini. Mudah untuk menjadi hamba Allah yang lebih dekat. 

Bagaimana cara kita dekat dengan Allah? Satu ialah kenal Allah swt. Kenal Allah melalui Asma’ ul Husna, melalui nama-namanya yang indah. Dan kita kenal Allah juga melalui firman-firmannya , ayatnya dalam al-Quran. Dan kita boleh juga mengenal Allah daripada ciptaanNya yang terbentang luas yang ia merupakan ayat-ayat Allah yang tersirat, ayat Manzuroh yang boleh dilihat yang diperhatikan. 

Insya Allah apabila kita betul-betul mencari kebenaran dan ingin mengenal Allah swt, kita akan dapat ilmu kenal Allah itu dari pelbagai macam aspek. Dengan syarat ikhlaslah untuk mengenal Allah swt. 

Ingat mengenal Allah swt membawa kita nanti untuk beribadah pada Allah. Menjadikan ibadah kita hanya untuk Allah swt dan tidak mencampurkannya dengan syirik ataupun riak. Kita bebaskan diri kita daripada perkara tersebut. 

Di antara yang kita bincangkan juga semalam adalah iaitu kenal Allah menyebabkan kita membuang kebergantungan kita kepada selain Allah swt. Menjadikan kebergantungan kita hanya kepada Allah swt. 

Dari mana kita dapatkan itu? Daripada isyarat air yang mana Allah swt berkata pada Nabi Musa وَأَلْقِ عَصَاكَ buang dulu tongkat itu wahai Musa. Dan kita bahawasanya tongkat Nabi Musa itu merupakan alat yang digunakan untuk banyak keperluan. 

Allah swt dalam ayat yang lain bertanya pada Nabi Musa “apa yang berada di tanganmu wahai Musa”. Allah tahu  sebenarnya apa yang ada di tangan Nabi Musa itu iaitu tongkat sebab Allah Maha Tahu. Tetapi Allah swt bertanyakan itu untuk menzahirkan kepada Nabi Musa dia faham bahawa apa yang kau gunakan untuk bergantung itu kalau untuk aku, untuk bertemu dengan aku, untuk dekat dengan aku kau kena buang dulu. 

Jangan bergantung dengan itu. Bergantung hanya kepadaku sahaja dahulu. Di sini, orang yang kenal Allah nanti menyerahkan segala urusannya kepada Allah swt. Apa pun yang dia inginkan dan apa pun dia lakukan  dia serahkan kepada Allah swt. Ini namanya tawakal. Menggantungkan harapan kita kepada Allah swt. Tetapi saya ingatkan di sini tawakal dalam Islam bukan bermakna kita pasrah tanpa berbuat. 

Tawakal kita kepada Allah swt adalah dengan beramal, berbuat dan berusaha untuk memberikan yang terbaik dahulu. Ia seiring dan ingat tawakal itu adalah amalan hati kita. Hati yang bergantung kepada Allah swt, yang berharap kepada Allah swt semata. Ini namanya tawakal. 

Dan usaha adalah amalan zahir (fizikal) kita. Jadi, kita beramal, berusaha dan berkerja tetapi kita yakin rezeki kita daripada Allah swt. Hasil bagaimana jadinya amalan kita itu, kita percaya ia daripada Allah swt. Bukan daripada usaha kita tu betul-betul. Apatah lagi daripada bantuan atau pertolongan orang. 

Tolong pastikan  kita lihat dengan baik supaya jangan kita terbabas dengan hal ini, tersilap dalam perkara ini tuan puan. Ini kunci utama untuk tuan puan dekat dengan Allah , merasakan kebergantungan yang besar kepada Allah semata.

Apa yang akan berlaku apabila betul-betul kebergantungan kepada Allah swt? Ia akan menghasilkan anugerah yang tidak disangka-sangka. Bahkan akan membuatkan kita takut. Sebab dahsyat apa yang kita dapatkan tersebut. 

Maka Nabi Musa, ketika dia melemparkan tongkat tersebut berubah tongkat itu menjadi ular. Dan ular itu gerak dengan pantas, menyebabkan Nabi Musa lari ketakutan membelakangi Allah swt dan  kemudian tak menoleh lagi dah. Ini yang dilakukan oleh Nabi Musa. 

Jadi kadang-kadang tuan puan yang dikasihi sekalian, kebergantungan dan  tawakal penuh kita pada Allah pada peringkat awal menyebabkan anugerah yang kita tidak sangka-sangka. Allah datangkan perkara-perkara yang kita tidak bayangkan sebelum itu. Kerana hebatnya, kita sendiri jadi khuatir. 

Bahkan Nabi Musa pun terkejut bagaimana tongkat boleh bertukar menjadi ular. Kenal kita ada Allah ,  tawakal kita serta amal kita pada Allah yang penuh ikhlas yang menyebabkan anugerah yang hebat. 

Kita tahu tongkat adalah benda yang pasif yang tidak boleh bergerak. Tetapi kerana kenal dan tawakalnya yang tinggi kepada Allah serta usaha yang yakin pada Allah swt menyebabkan yang tidak boleh bergerak itu boleh bergerak, yang mati itu boleh hidup, dahsyatnya kalau tuan puan bayangkan. 

Ini sebagai pengajaran bahawasanya kalau Allah nak, dengan tawakal kita tadi itu Allah beri macam-macam. Jangan khuatir. Maka ayat kita sebelum ini, Allah ingatkan  إِنَّهُ أَنَا اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ Allah sebutkan sesungguhnya Aku adalah Allah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. Perkasa, mampu mewujudkan apa yang kita fikir mustahil. 

Kalau Allah nak, dia boleh. Jadi kerana dahsyatnya pemberian Allah swt tersebut kemudian pada awalnya membuatkan kita takut dan risau. Macam mana boleh jadi macam ini, dahsyatnya! Justeru kita khuatir dan kadang-kadang kerana tiada ilmu, kita tinggalkan anugerah tersebut. 

Tapi kalau betul-betul kita ikhlas tadi Allah akan panggil kita balik. Allah akan ilhamkan kepada kita balik. Allah akan beri ketenangan kepada diri kita menyebabkan kita dapat terima dan menyedari yakin bahawa ini anugerah Allah. Mungkin ini cara Allah swt nak membantu aku. Maka tuan puan kembali. 

Maka Nabi Musa, ketika dia lari tersebut Allah panggil     يَا مُوسَى لَا تَخَفْ, wahai Musa jangan engkau takut. Seperti itu juga untuk orang beriman, kadang-kadang ia datang rasa takut tersebut tetapi Allah swt yakinkan dan ilhamkan dia sepertimana dalam ayat yang lain kalau tak silap yang mana bahawa Allah swt akan turunkan malaikat تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ Turun malaikat, dan malaikat ini mengilhamkan fikiran yang menyebabkan kita rasa nyaman dan selesa semula. 

La takhaf wala tahzanu, jangan kau bersedih, jangan risau, dibisikan pada fikiran tuan puan. Dengan fikiran-fikiran tersebut maka kita kembali aktif ke pangkal jalan. Kemudian mengambil peluang yang kita dapat tersebut dengan sebaik-baiknya. 

Sehingga kita kembali berbaik sangka yang tadi rasa khuatir yang tak bertempat. Dengan adanya ilham daripada Allah yang malaikat bisik-bisikkan, maka kembali tenang. Dalam perbincangan ilmu balaghah, ada bercerita tentang, bila Allah swt menyebut Takhafu dan Takhsya; ini dua perkataan yang sering kita jumpa dalam Al-Quran dan dua-duanya dalam bahasa melayu diterjemahkan dalam bahasa melayu sebagai takut. 

Tetapi dari segi bahasa Arab/ bahasa Al-Quran, Allah swt menyebut sesuatu perkataan mesti ada maksud tertentu. Bila Allah swt sebut Takhsya, biasanya perasaan takut tersebut muncul disebabkan memang objek yang datang kepada kita itu objek yang dahsyat, menggerunkan, menakjubkan “Azim” seperti Allah swt, maha agung, maha mulia. 

AlKhauf atau Takhafu menurut ulama’ apabila takut itu disebabkan kelemahan diri. Takhsya tadi bukanlah kerana kita lemah tetapi objek itu dahsyat, hebat. Maka, sebab itu kita takut; takut kepada perkara yang memang patut kita takuti. Dan Allah katakan disini;

لَا تَخَفْ إِنِّي لَا يَخَافُ لَدَيَّ الْمُرْسَلُون 

“Yang Aku utus itu tidak ada rasa takut”. Ketika ini, nabi Musa yang mempunyai kelemahan diri sehingga dia rasa takut. Maka, Allah katakan jangan takut. إِلَّا مَن ظَلَمَKecuali dia melakukan kezaliman dan erti kata kata ulama’ ada dua kemungkinan. Satu, rasul ada melakukan dosa kecil menurut sebahagian ulama’. Tapi menurut sebahagian lagi ulama’, rasul tidak melakukan dosa kecil apatah lagi dosa besar sehingga mereka dikategorikan sebagai ma’sum. 

Maka, katrgori kedua mengatakan mereka melakukan “Khilaful Awla/ Khilaful Afdhal”, bertindak dengan sesuatu yang terbaik. Rasul yang melakukan perkara zalim ini dia ambil perkara yang baik, tidak ambil perkara yang terbaik. Nabi saw dalam surah Abasa pernah ditegur oleh Allah. Ketika itu, Nabi saw berdiskusi dengan pemimpin Quraisy. Adakah salah berdiskusi dengan orang kafir? Tak salah. Pada masa itu, datang Abdullah bin Maktum, seorang yang buta. 

Dan pada waktu itu, dia minta pada Nabi saw, “ajarkan padaku apa yang Tuhanmu telah ajar kepadamu”. Dan satu lagi tadi, orang kafir yang Nabi ingin mereka belajar tetapi mereka tidak ingin belajar. Dalam hal ini, mana yang lebih diutamakan? Nabi ketika itu berijtihad untuk fokus dahulu kepada orang kafir dan permintaan Abdullah bin Maktum diabaikan. Secara hukumnya Nabi tak salah, tapi dia Khilaful Afdhal, menyalahi apa yang lebih baik. Mengajar orang yang memang nak belajar, ajar mereka dulu. 

Anugerah Allah kadang-kadang menyebabkan kita terkejut, menyebabkan kita takut pada awalnya. Tapi insyaaAllah kalau kita cover balik, kita dapat melihat dengan jernih anugerah yang kita dapat tersebut. Jangan sampai kita berlaku zalim. Kalau berlaku zalim, ini merupakan punca terhalangnya Rahmat Allah. 

Ini menyebabkan anugerah daripada Allah ditarik semula. Hatta kepada rasul pun Allah swt boleh tarik nikmat iaitu nikmat tenang, nikmat bahagia. Perasaan takut pada diri kita ini sebenarnya azab Allah, risaukan itu ini sehingga selalu menjadi penghalang dia melakukan perkara yang baik. 

Apa puncanya? Allah swt mengingatkan kezaliman. Orang zalim susah untuk senang. Maka, kalau kita selalu merasakan tidak tenang. Ketahui, ada kezaliman yang kita lakukan. 

Kezaliman ada dua, kezaliman pada diri kita sendiri; hak kepada diri kita, kita tak berikan. Hak diri kita kenal Allah, diperdengarkan dengan Al-Quran, dirikan solat, dengarkan hal yang baik tetapi apabila kita abaikan, kita sendiri akan sakit. Selain itu, hak diri kita adalah rehat. Bagi masa untuk diri.  

Kedua, kezaliman kepada orang lain. Ini lagi bahaya. Tak silap saya Imam Sufyan As-Sauri mengatakan bahawasanya 70 dosa kepada Allah lebih ringan daripada 1 dosa kepada manusia. Penghalang ketenangan adalah kezaliman samada kezaliman kepada diri sendiri dan kezaliman kepada orang lain. Dan paling dahsyat adalah apabila berlaku zalim kepada orang lain. 

Jadi, fikir banyak kali sebab benda ini tidak akan membantu kita di masa akan datang. Kalau menjaga hak orang lain dan memenuhi tanggungjawab dengan ikhlas, buat sungguh-sungguh, pasti akan membahagiakan kita. Kita akan rasa damai, aman, tenteram. Kejayaan apa pun yang kamu lakukan tanpa menunaikan hak-hak mereka ini. Maka, kamu tidak akan tenang. Penat tubuh badan tapi perasaan yang tak lapang. 

Contoh Nabi Yunus, Allah swt suruh berdakwah, dia lari. Apa yang berlaku? Huru-hara. Masuk dalam perut ikan. Kerana dia rajin bertasbih, rajin beramal soleh. Maka, Allah keluarkannya. Selagi kita membelakangi sunatullah, kejayaan apa yang kau miliki tidak akan berjaya dan berbahagia. Maka, Allah swt menyebutkan;

ثُمَّ بَدَّلَ حُسْناً بَعْدَ سُوءٍ فَإِنِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maka, kalau sekiranya pernah berlaku zalim lalau dia menukar keburukan itu kepada kebaikan dengan cara bertaubat. Maka, sesungguhnya Aku maha pengampun lagi maha penyayang. 

Maka, ketika Nabi Muhammad saw menyedari akan kesalahannya, disindir oleh Allah di Surah Abasa tersebut. Maka, cepat-cepat dia bertaubat. Dia memohon maaf kepada Abdullah bin Maktum dan semenjak itu jika datangnya Allah bin Maktum ini, dia akan diutamakan oleh nabi Muhammad saw. Bahkan, Nabi saw menghadiahkan rida’ (selendangnya) tanda penghargaannya.  

Kalau sekiranya Nabi saw keluar untuk berperang dan tiada siapa yang boleh bergantung untuk menjaga amanah, maka rasulullah serahkan kepada Abdullah bin Maktum sebagai pemimpin Madinah pada waktu itu. 

Nabi Yunus pun begitu juga. Ketika menyedari kesalahannya, cepat-cepat dia bertaubat: 

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

"Tiada Tuhan selain Engkau Ya Allah, maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang yang melakukan kezaliman” maksudnya menyedari bahawa kita melakukan kezaliman adalah kunci Allah swt ampunkan dosa-dosa kita dan mengubah keadaan kita daripada jauh daripada rahmat Allah, menjadi mudah untuk mendapat itu. 

Taubat adalah penyelesai semua itu. Taubat dengan Allah boleh selesai dengan meminta maaf kepada Allah tetapi kesalahan kepada manusia tak selesai semudah itu, perlu pergi jumpa dan minta kemaafan daripadanya. Ada benda yang ambil, kena balikkan perkara tersebut. 

Kalau terlepas cakap (fitnah), perlu buat pengisytiharan semula kata ulama’. Ketika mahu bertaubat daripada manusia ini melibatkan harga diri. Hubungan dekat dengan Allah selain tawakkal, kita perlu taubat kepada Allah swt. Demikian sahaja, tasbih kafarrah dan Surah Al-Asr. Assalamualaikum wrbt.

TADABBUR SURAH AN-NAML SESSI 5 AYAT 7-10 : 29 Aug 2020M

Nota Perkongsian 29.08.2020

Tadabbur Surah An-Naml Sesi 5 akan membahas surah An-Naml Ayat 7-11

Tema: MEMBINA PERADABAN (Tamadun) MANUSIA UNGGUL 

Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Assalamualaikum 

Puji syukur kita ke hadrat Allah swt atas pelbagai limpahan rahmat dan kurnia kepada kita semua, Alhamdulillah. Padi pagi yang berbahagia ini kita kembali bersama dalam majlis ilmu ini iaitu tadabbur Al-Quran. Mudah-mudahan Allah swt memberkati dan merahmati majlis kita ilmu kita ini dan menganugerahkan kepada kita ilmu yang bermanfaat. Amin. Kemudian, selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw. Semoga kita menjadi di antara umatnya yang akan mendapatkan syafaatnya dan duduk bersama beliau di syurga firdaus kelak. Amin ya rabbal alamin. 

Hari ini merupakan sesi yang kelima daripada tadabbur surah An-Naml ini. Pada pertemuan yang lepas kita sempat membincangkan dan mentafsirkan sampai ayat yang kelapan tapi saya akan kembali membincangkannya dan mentaddaburinya dengan lebih dalam lagi iaitu  daripada ayat 7 sampailah ayat 11. Ini yang akan kita bincangkan pada hari ini, insyaaAllah. Mari kita lanjutkan perbincangan ini. Kita akan membacanya dari ayat 7 sampai ayat 11. 

Bacaan :

إِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِأَهْلِهِۦٓ إِنِّىٓ ءَانَسْتُ نَارًا سَـَٔاتِيكُم مِّنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ ءَاتِيكُم بِشِهَابٍ قَبَسٍ لَّعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ

(Ingatlah) ketika Musa berkata kepada keluarganya: "Sesungguhnya aku melihat api. Aku kelak akan membawa kepadamu khabar daripadanya, atau aku membawa kepadamu suluh api supaya kamu dapat berdiang".(An Naml 27:7)

فَلَمَّا جَآءَهَا نُودِىَ أَنۢ بُورِكَ مَن فِى ٱلنَّارِ وَمَنْ حَوْلَهَا وَسُبْحٰنَ ٱللَّهِ رَبِّ ٱلْعٰلَمِينَ

Maka tatkala dia tiba di (tempat) api itu, diserulah dia: "Bahwa telah diberkati orang-orang yang berada di dekat api itu, dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam".(An Naml 27:8)

يٰمُوسَىٰٓ إِنَّهُۥٓ أَنَا ٱللَّهُ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ

(Allah berfirman): "Hai Musa, sesungguhnya, Akulah Allah, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(An Naml 27:9)

وَأَلْقِ عَصَاكَ ۚ فَلَمَّا رَءَاهَا تَهْتَزُّ كَأَنَّهَا جَآنٌّ وَلَّىٰ مُدْبِرًا وَلَمْ يُعَقِّبْ ۚ يٰمُوسَىٰ لَا تَخَفْ إِنِّى لَا يَخَافُ لَدَىَّ ٱلْمُرْسَلُونَ

dan lemparkanlah tongkatmu". Maka tatkala (tongkat itu menjadi ular dan) Musa melihatnya bergerak-gerak seperti dia seekor ular yang gesit, larilah ia berbalik ke belakang tanpa menoleh. "Hai Musa, janganlah kamu takut. Sesungguhnya orang yang dijadikan rasul, tidak takut di hadapan-Ku.(An Naml 27:10)

Saudara fillah yang dikasihi sekalian, pada pertemuan lepas kita menjelaskan bahawasanya nabi Musa as merasa rindu untuk kembali bertemu dengan ahli keluarganya di Mesir. Maka, apabila dah habis masa bekerjanya dengan Nabi Syuaib, maka Nabi Musa as meminta kepada Nabi Syuaib untuk menziarahi ahli keluarganya ayang ada di Mesir. 

Maka, Nabi Musa as kembali ke Mesir melalui jalan yang dia tak tahu atau diriwayatkan bahawa dia tersesat dan waktu itu pada malam hari, sejuk. Maka, ketika itu Nabi Musa jalan dalam kegelapan malam dan kesejukan malam itu. Dia lihat ada semacam api daripada kejauhan. 

Maka, Nabi Musa berpesan kepada keluarganya “Maka kamu tetaplah di sini, saya akan pergi melihat api tersebut. Mudah-mudahan di sana ada orang, kita dapat tahu jalan sesuai untuk kita kembali ke Mesir dengan selamat atau kalau tidak dapat berita tentang jalan, kita dapat api sikit untuk memanaskan badan.” Ini yang dikatakan Musa kepada ahli keluarganya.

Nabi Musa ketika itu dan sampainya dia kepada api tersebut lalu datangnya satu suara yang dia dengar yang mana suara tersebut berbunyi,

 أَن بُورِكَ مَن فِي النَّارِ وَمَنْ حَوْلَهَا وَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Berkatilah orang yang ada dekat api tersebut dan ada di sekelilingnya dan maha suci Allah sekalian alam”. 

Ayat ini mengingatkan kita tentang siapa yang ada dekat api tersebut ataupun boleh dikatakan kawasan itu kata ulama’ kawasan yang diberkati. Tanah yang berkat itu adalah tanah yang berada di kawasan Bukit Tursina, diberkatilah orang yang berada di sekelilignya dan tanah tempat tersebut oleh Allah swt. 

Dan Allah swt mengingatkan pada hujung ayat tersebut bagaimana Nabi Musa as mendengar kalamullah yang ulama’ sepakat bahawasanya Nabi Musa mendengar langsung kalamullah itu dan kita mungkin tidak dapat membayangkan bagaimana caranya sehingga Allah swt mengingatkan kita jangan berfikiran macam-macam yang menunjukkan kelemahan Allah swt. Maka Allah kata  وَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (Maha Suci Allah yang mana Dia tuhan sekalian alam).

Yang ingin saya highlight pada hari ini adalah tentang tadabbur pada ayat 7 yang pernah kita tafsirkan sebelum ni yang mana Nabi Musa as apabila melihat api itu, apa yang terbayang/ terfikir bagi dia? Dia ingin mendapat khabar atau informasi tentang jalan yang dia akan tempuhi atau apa yang akan berlaku di dalam perjalanan nanti. Dan juga dia ingin mendapatkan api yang boleh memanaskan atau membantunya untuk menyuluh jalan sehingga dia tahu jalan yang dia tempuh tersebut. 

Nabi Musa as pada waktu itu berharap agar dia dapat khabar dan petunjuk jalan yang bersifat duniawi tetapi Allah swt tidak hanya memberikan yang bersifat duniawi tetapi Allah beri anugerah khabar petunjuk jalan dunia Akhirat iaitu wahyu, wahyu yang membimbing dia untuk selamat sampai di Mesir dan juga selamat keluar daripada dunia ini. 

Kadang-kadang kita berharap sesuatu yang bersifat duniawi tetapi Allah swt menginginkan kita sesuatu yang lebih besar lagi. Sesuatu yang besar itu adalah sesuatu yang bermanfaat kepada dunia dan Akhirat kita. 

Perancangan Allah kita tak tahu, perancangan Allah yang terbaik selalunya. Rasulullah saw seperti dalam ceramah maghrib saya semalam, pernah menjelaskan kepada sahabat-sahabat nabi bahawa masing-masing ini ada tempatnya di syurga atau tempat kita ada di neraka. Jadi, sahabat-sahabt bertanya “Jika itu ketentuanNya, adakah kami boleh ikut pada takdir itu sahaja, tak perlu berusaha apa-apa”. Maka, Rasulullah saw bersabda, beramallah, jangan hanya bergantung pada takdir. Dari ‘Imran, ia berkata, aku berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ، فِيمَا يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ؟، قَالَ: كُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ

“Wahai Rasulullah, lantas untuk apa orang-orang yang beramal melakukan amalan mereka?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap orang akan dimudahkan (menuju jalan) penciptaannya.” (HR. Bukhari, no. 7551)

Maka, pada asasnya ialah apabila seseorang itu diciptakan untuk menjadi ahli syurga, Allah swt akan mudahkan laluannya untuk menjadi ahli syurga. Kalau dia diciptakan oleh Allah swt untuk menjadi ahli neraka. Maka, yang mudah dan senang bagi dia adalah benda-benda yang menderhakai Allah swt sehingga dia menjadi ahli neraka pada hari Akhirat nanti. 

Jadi, kita perlu berusaha. Ketentuan itu berjalan secara smooth, lembut. Dia heret kita. Maka saya mendapatkan di antara sahabat-sahabat yang berhijrah, kembali ke pangkal jalan yang sebelumnya itu mereka bergelumang dosa tetapi dia selalu merasa bahawa dia perlu kembali kepada kebenaran, perlu melakukan ketaatan sehinggalah bertemu dengan orang-orang yang menunjukkan jalan kepadanya. Dan inilah kadang-kadang, kamu menginginkan dunia tetapi Allah menginginkan Akhirat.     

Jadi, Nabi Musa as pada awalnya hanya inginkan keinginan duniawi, hanya ingin mendapatkan berita untuk sampai ke Mesir dengan selamat dan mendapatkan api yang boleh memanaskan badan mereka dan mungkin juga membantu mereka untuk menempuh jalan dengan lebih mudah. 

Tapi Allah swt tidak hanya inginkan yang itu sahaja, Allah ingin Nabi Musa as mendapat wahyu yang merupakan khabar atau informasi yang lebih luas lagi, informasi dunia dan informasi Akhirat. Wahyu merupakan sesuatu yang bermanfaat untuk dunia kita, memberi kita ilmu dunia dan juga memberi kita ilmu Akhirat sebenarnya. 

Bukan hanya bab Akhirat sahaja. Al-Quran juga merupakan sesuatu yang membantu kita faham dunia dengan lebih baik. Maka dahulu sahabat-sahabat mengingatkan, ajarkan Al-Quran itu kepada anak-anak kamu, kepada ahli keluarga itu sebabnya dalamnya ada ilmu tentang generasi yang pertama hinggalah generasi yang terakhir, ilmu tentang dunia, ilmu tentang Akhirat. Maka, jika dia dah ada Al-Quran dan Sunnah, maka semua dia pegang. 

Jika hanya belajar ilmu dunia sahaja. Maka, ilmu dunia dia kuasai tetapi dia jahil tentang ilmu Akhirat. Ini menyebabkan dia belum seimbang lagi. Maka, dia perlu gabungkan dengan ilmu wahyu yang menyebabkan ia menjadi lebih teguh lagi kedudukannya. Perancangan Allah itu sangat cantik, maka bersyukurlah. 

Tuan puan sekarang berkorban masa mendengar ilmu, ini menandakan Allah swt memudahkan tuan puan untuk menjadi ahli syurga. Saya selalu berbangga dengan orang yang rajin ke majlis ilmu sebab malaikat pun berbangga dengan orang yang rajin ke majlis ilmu. Mudah-mudahan tuan puan istiqamah dengan majlis ilmu ini sehingga tuan puan dikenali sebagai Nafsu Muthmainnah (jiwa yang tenang) dan doakan saya seperti itu juga, tak jauh dari majlis ilmu dan kalau boleh membantu orang-orang untuk menuntut ilmu dengan baik. 

Kita nampak pada ayat 7 tersebut, Nabi Musa as hanya hendakkan api dan maklumat duniawi, maklumat perjalanan sahaja tetapi Allah nak bagi hidayah. Maka, sesiapa yang mendapat wahyu, mendapat Al-Quran, maka ia adalah satu nikmat yang besar. 

Alhamdulillah Allah beri kelapangan atau kesempatan pada saya untuk belajar dari kecil dahulu, tak jauh daripada ilmu-ilmu Al-Quran, ilmu-ilmu sunnah ini. Salah satu cara saya bersyukur adalah saya berkongsi dengan tuan puan. Sekali lagi, saya berkongsi dengan tuan puan bukan bermakna saya pandai tetapi saya berkongsi kerana rasa syukur saya kepada Allah swt. 

Kalau kita lihat, kenapa Allah swt menganugerahkan kepada Nabi Musa as anugerah yang bersifat duniawi dan ukhrawi tersebut? Dia berasal daripada niat murni Nabi Musa as untuk menghubungkan silaturrahimnya dengan keluarganya yang mana dia dah lama tak berjumpa. Dan niat murni tersebut akhirnya Allah swt menjadikannya buka hanya dapat yang bersifat duniawi tersebut sahaja tetapi dapat sesuatu yang bersifat ukhrawi. 

Maka oleh itu, silaturrahim merupakan satu yang sangat besar. Maka, jagalah silaturrahim dan tetaplah menghubungkan. Maka, jika ada saudara mara yang jauh, cubalah mengenali dan ziarahi mereka, insyaaAllah perkara-perkara tersebut akan menjadi asbab kepada kebaikan sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah bersabda, jiwa kamu ingin panjang umur dan dimudahkan rezeki, maka engkau hubungkanlah silaturrahim, jangan kau putuskan. Silaturahim ini sangat dahsyat peranannya pada manusia. Ia di antara asbab Allah angkatkan darjat kita di dunia dan di akhirat. 

Dalam hal ini, kita boleh mengambil pengajaran mengenai tema surah An-Naml kita, membina peradaban unggul. Jadi, peradaban unggul bukan hanya menguasai informasi dan kehidupan duniawi. Kehebatan duniawi itu tidak akan sempurna kalau sekiranya tidak disekalikan dengan kita mengusai kehidupan ukhrawi. 

Jangan kita mengabaikan ukhrawi, pendidikan anak-anak pun begitu. Nilai-nilai ukhrawi perlu kita tanamkan. Barulah terhasilnya peradaban yang seimbang. Peradaban yang unggul adalah peradaban yang seimbang. Jangan sampai peradaban dunia hebat tetapi suka bunuh diri, kehidupan huru-hara, porak peranda. 

Seperti jepun mereka sangat maju tetapi setiap hari ada ada sahaja yang bunuh diri. Bahkan saya dengar ada satu pulau, satu kawasan yang memang kawasan untuk bunuh diri. Maka, setiap hari adalah yang mati. Mereka tidak kenal Allah, tak kenal nabi, tak kenal penciptaNya. Jadi, peradaban yang maju dan unggul secara seimbang adalah yang bukan hanya menguasai informasi kehidupan duniawi tetapi juga adalah menguasai kehidupan ukhrawi. Ini yang kita boleh ambil dalam tadabbur ayat ke 7. 

Kita akan lanjutkan pada ayat ke 8. Jadi, pada ayat ke 8 kita boleh ambil tadabbur sebagai panduan hidup kita yang mana Allah swt mengisahkan tentang nabi Musa dekat dengan api tersebut. Keberkatan ini sangat penting dalam kehidupan manusia. Keberkatan itu akan membantu seseorang itu untuk bahagia. 

Sesuatu yang besar, banyak tetapi tidak berkat, diri orang tersebut akan rasa penat zahir dan batin, fikiran bercelaru. Jadi, tak dapat kebahagian hakiki. Maka, keberkatan sangat penting pada rezeki, keluarga, kerjaya, setiap apa yang kita buat, kita perlukan keberkatan ini. 

Bagaimana untuk mendapat keberkatan ini? Berusaha untuk taqarrub ilallah, berusaha mendekat diri dengan Allah. Macam mana nak dekat diri kepada Allah? Niatkan semua yang kita buat ini, aktiviti dunia ini apatah lagi bersifat Allah untuk Allah swt. Ketika kita kerja, niatkan untuk dekat kepada Allah. Bukan hanya nak meraih rezeki iaitu gaji yang kita dapatkan hujung bulan tetapi untuk sumbangkan apa yang Allah bagi kepada kita.

 Kerja untuk Allah swt menyebabkan kita ikhlas, menyebabkan kita tidak kedekut, buat lebih daripada patut. Dan ketahuilah, jika tidak dapat balasan berbentuk duit, pangkat, jawatan, nanti kesannnya pada anak-anak kita, pasangan kita yang sihat, taat patuh, soleh, berbudi pekerti. Ini satu rezeki yang lebih hebat daripada rezeki fulus tadi. 

Maka, nabi Musa as ketika melihat api tersebut, kita gambarkan ia sebagai hidayah Allah, kita dekat dengan ia. Ditunjukkan api kepada Musa, tapi mungkin saja kita ditunjukkan sesuatu amalan yang buat kita boleh dekat dengan Allah swt. 

Tuan puan ditunjukkan untuk mengaji Al-Quran, untuk pergi majlis ilmu, berbakti kepada anak yatim. Dan jika tuan puan niat untuk mendekati Allah, maka ini mendatangkan keberkatan. Jadi, jangan lupa bahawasanya dekat dengan Allah adalah matlamat yang perlu kita usahakan sebab ia akan membawa kepada kebaikan yang memastikan kita bahagia dunia, Akhirat. 

Bagaimana cara kita dekat kepada Allah? Pada ayat ke 9,  Allah berfirman “Wahai Musa, sesungguhnya aku adalah Allah yang maha perkasa lagi maha bijaksana”. Di sini, Allah swt memanggil Musa dan kemudian memperkenalkan dirinya. Pada ayat ini, ada kelainan sikit, إِنَّهُ أَنَا اللَّهُ . kalau tuan puan buka Surah Taha ayat 14. Allah swt berkata إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ“Sesungguhnya aku ini adalah Allah”. 

Ini mengisyaratkan kepada kita untuk dekat kepada Allah swt, kita perlu kenal Allah. Kenal Allah macam mana? Kenal yang menyebabkan kita merasa bahawa Dialah yang layak kita sembah. 

Kalau tuan puan lihat di surah Taha, Allah sambung ayat tersebut dengan فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي  “Sesungguhnya, Aku ini adalah Allah, tiada tuhan yang layak disembah. Maka, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku” 

Maka, kenal Allah kenal yang menyebabkan kita sembahNya dengan cara yang betul, kita memperhambakan diriNya dengan cara yang benar. Solat adalah salah satu proses untuk mengingat Allah swt. Jangan sampai solat kita hanya ritual yang tak ada satu prinsip yang mengingatkan Allah swt. 

Ada ajaran sesat yang buang solat semua, hanya zikir sahaja. Ayat Al-Quran dengan tegas mengatakan sembah dan dirikan solat. Kenal yang betul ini akan buatkan kita tidak boleh bertolak ansur soal ibadah ini dan menyerahkan semua yang kita lakukan untuk Allah swt. Kena faham betul makna LailahaillAllah, Asmaul Allah. Hayati dengan baik. insyaaAllah akan melahirkan ketundukan kepada Allah. 

Pada ayat ini Allah mengenalkan dirinya dengan nama Allah yang paling agung dan kemudian Dia memperkenalkan diriNya sebagai Al-’Aziz (yang maha perkasa). Kerana dengan memperkenalkan Maha perkasa tersebut menyebabkan Nabi Musa faham Dia boleh buat apa-apa pun juga, tak ada yang mustahil bagi Allah. 

Dan kuasa Allah tersebut dipandu dengan Al-Hakim, kebijaksanaan. Kadang-kadang Dia tidak bagi pada kita. Dia mampu tapi Dia tidak bagi, di dalam ada hikmah. Jangan pandang dengan pandangan yang zahir sahaja. Maka, kerana Allah telah menentukan dengan kuasaNya, dengan kebijaksanaanNya dan disambung ayat tersebut dengan;Allah swt perintahkan kepada Nabi Musa untuk melemparkan tongkatnya. 

Pada ayat lain surah Taha, sebelum suruh buang, Dia tanya dahulu, “Wahai Musa, itu apa di tangan kau, Musa?”. Nabi Musa ketika itu menjawab “Ini adalah tongkat saya, saya gunakan untuk menghalau kambing-kambing saya dan saya gunakan juga ada fungsi-fungsi yang lain. Saya bergantung pada tongkat saya ini”. Ini kata Nabi Musa seolah-olah ia mempunyai kegunaan dan manfaat yang besar kepada Nabi Musa as. 

Tapi Allah swt berkata, وَأَلْقِ“Lemparkanlah tongkat itu”. Dan ketika Nabi Musa as membuang tongkat itu berubah menjadi ular dan ular itu bergerak dengan pantas. جَانٌّ ini bermakna ular, bergerak dengan pantasnya. Nabi Musa as pertama kali melihatnya takut وَلَّى مُدْبِراً وَلَمْ يُعَقِّبْ dan dia lari membelakangi tak menoleh langsung. 

Dan Allah memanggil Musa لَا تَخَفْ إِنِّي لَا يَخَافُ لَدَيَّ الْمُرْسَلُونَ “Jangan takut, sesungguhnya rasul-rasul/ utusan-utasan aku yang lain tidak takut pada Aku”. إِلَّا مَن ظَلَمَKecuali yang berlaku zalim tapi sekiranya dia bertaubat فَإِنِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ “Sesungguhnya Aku ini maha pengampun lagi maha penyayang. Ini kata Allah pada Nabi Musa as. Ini yang terjadi pada Nabi Musa waktu menghadap Allah di Bukit Tursina pada pertama kali. 

Dari segi tadabbur ayat ke 10 ini, kita lihat Nabi Musa awalnya amat bergantung pada tongkatnya. Untuk dekat dengan Allah yang mana caranya untuk kenal Allah melalui Asmaul Husna, penjelasan Allah dalam Al-Quran dan Sunnah, daripada alam. 

Selain daripada kenal Allah, membuang tongkat maknanya membuang kebergantungan dengan selain Allah walaupun secara zahir bermanfaat tetapi dalam hati kena jadikan Allah tempat pergantungan, Allah yang boleh beri manfaat satu-satunya. Allah dahulu. Ketepikan yang lain. Di mana kita perlu tanamkan? Dalam hati kita. Dia yang menghidupkan, dan mematikan. 

Dia yang mengangkat seseorang menjadikan seseorang mulia. Dia yang beri rezeki dan mengambil rezeki tersebut. Dan dia membukakan, segalanya berbalik pada Dia. Kalau semuanya daripada Allah, kenapa kita perlu bergantung kepada yang lain? 

Orang beriman hanya bergantung kepada Allah swt sebab dia tahu segalanya dari Allah swt. Jadikan pergantungan hanya pada Allah swt walaupun pada zahirnya ia adalah asbabnya. 

Jadi, ketika kenal Allah swt, kita tahu Allah lah tempat kita tempat bergantungharap. Saya rasa setakat itu dahulu, perbincangan kita tentang ayat ke 10 An-Naml ini akan kita sambung esok. InsyaaAllah esok kita akan sambung ayat 10 esok hari. Kita tutup dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-’Asr. Jumpa lagi pada pertemuan akan datang. Assalamualaikum wrbt.

TADABBUR SURAH AN-NAML SESSI 4 AYAT 6-9 : 23 Aug 2020M

 Nota Perkongsian 23.08.2020

Tadabbur Surah An-Naml Sesi 4 akan membahas surah An-Naml Ayat 6-9

Tema: MEMBINA PERADABAN (Tamadun) MANUSIA UNGGUL 

Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Assalamualaikum wrbt

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt atas pelbagai limpahan rahmat dan kurnia kepada kita semua, Alhamdulillah. Pada pagi yang berbahagia ini kita kembali bersama-sama dalam majlis ilmu kita tadabbur Al-Quran yang mana kita akan fokus membincangkan iaitu surah An-Naml yang mana surah An-Naml kita sudah sampai pertemuan yang keempat hari ini. insyaaAllah hari ini kita akan sambung tadabbur surah An-Naml yang mana kita berhenti pada ayat kelima semalam yang mana kita akan sambung hari ini ayat yang keenam dan kita akan baca sampai ayat yang kesembilan.

Bacaan:

وَإِنَّكَ لَتُلَقَّى ٱلْقُرْءَانَ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ عَلِيمٍ

Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi Al Quran dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.(An Naml 27:6)

إِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِأَهْلِهِۦٓ إِنِّىٓ ءَانَسْتُ نَارًا سَـَٔاتِيكُم مِّنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ ءَاتِيكُم بِشِهَابٍ قَبَسٍ لَّعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ

(Ingatlah) ketika Musa berkata kepada keluarganya: "Sesungguhnya aku melihat api. Aku kelak akan membawa kepadamu khabar daripadanya, atau aku membawa kepadamu suluh api supaya kamu dapat berdiang".(An Naml 27:7)

فَلَمَّا جَآءَهَا نُودِىَ أَنۢ بُورِكَ مَن فِى ٱلنَّارِ وَمَنْ حَوْلَهَا وَسُبْحٰنَ ٱللَّهِ رَبِّ ٱلْعٰلَمِينَ

Maka tatkala dia tiba di (tempat) api itu, diserulah dia: "Bahwa telah diberkati orang-orang yang berada di dekat api itu, dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam".(An Naml 27:8)

يٰمُوسَىٰٓ إِنَّهُۥٓ أَنَا ٱللَّهُ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ

(Allah berfirman): "Hai Musa, sesungguhnya, Akulah Allah, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana(An Naml 27:9)

Pada pertemuan lepas kita telah membincangkan bahawasanya peradaban Islam adalah peradaban unggul, peradaban berdasarkan wahyu illahi dan pelaksana dari peradaban tersebut adalah orang-orang yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia serta membalut semua hubungan itu dengan keyakinan kepada hari Akhirat. Inilah yang dikatakan oleh Allah pada ayat yang ketiga;Mereka mendirikan solat, mereka menunaikan zakat dan dengan akhirat mereka amat meyakininya. 

Dan sebaliknya peradaban akan hancur binasa apabila berada di tangan orang-orang yang tidak beriman dengan Akhirat. Iman dengan Akhirat sangat penting untuk mengikat setiap kegiatan ataupun aktiviti kehidupan duniawi kita agar dia memberi manfaat ukharawi nanti. 

Dalam Islam, kita berkeyakinan bahawasanya ini hanyalah tempat persinggahan kita sahaja dan kita ada Akhirat yang merupakan destinasi utama kita dan kita akan hidup lama di sana. Bahkan, bukan lama sahaja tetapi akan kekal abadi. 

Di sanalah kehidupan yang sebenarnya. Orang yang tidak beriman dengan Akhirat inilah yang akan memandang kejahatan/ keburukan yang mereka lakukan itu sebagai satu kebaikan. Mereka tidak sedar bahawa itu adalah perkara yang merosakkan, perkara yang membinasakan.  

Ini yang seperti disebutkan oleh oleh dalam surah Al-Baqarah, Apabila dikatakan kepada mereka, “janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi”. Apa jawapan mereka? “Tidak, kami tidak melakukan kerosakan, kami justeru yang melakukan kebaikan/ melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk dunia ini”. 

Ini pandangan mereka. Ini adalah tipu daya yang mereka tak sedar bahawa perbuatan buruk mereka itu tidak mereka lihat sebagai satu keburukan. Selanjutnya, kerana mereka tidak menyedari mereka melakukan keburukan/kejahatan, maka mereka berleluasa dalam kezaliman, berleluasa dalam kesesatan, dalam dosa yang mereka tidak keluar daripada lingkaran dosa dan maksiat sebab mereka tidak lihat perbuatan mereka itu sebagai perbuatan buruk. 

Maka, orang beriman dan bertaqwa justeru terbalik. Di antara yang mereka rasakan apabila mereka melakukan kesalahan adalah Allah tunjukkan kesalahan mereka itu, Allah nampakkan bahawa itu adalah salah sehingga apa ذَكَرُواْ اللّهَ فَاسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ (Imran:135), mereka Allah swt lalu mereka memohon agar Allah ampunkan dosa-dosanya. 

Jadi, orang beriman tahu itu adalah perbuatan salah, perbuatan maksiat lalu dia cepat-cepat bertaubat kepada Allah swt. Sedangkan orang yang membuat kerosakan ini, mereka tidak sedar dengan perbuatan kerosakan mereka itu sehingga tidak berhenti melakukan kerosakan dan maksiat yang mereka lakukan. 

Mereka tidak ada keinginan untuk bertaubat sebab mereka tidak merasa bersalah. Perasaan tidak merasa bersalah merupakan punca kepada kejahatan/ keburukan yang berterusan. Jadi, tanda Allah sayang kita adalah apabila Dia ingatkan kita bahawa kesalahan itu adalah kesalahan, bahawa dosa itu adalah dosa lalu kita cepat-cepat bertaubat pada Allah swt.  

Sedangkan orang-orang yang tidak beriman, mereka tidak menyedari itu, tak perasan bahawa itu adalah kesalahan. Apabila hilang iman kepada Akhirat ini, inilah mukmin tanpa sedar mereka melakukan kesalahan. Maka Rasulullah saw ada berpesan bahawasanya;

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ

Maksudnya: “Tidaklah seorang pengzina itu berzina sedangkan dia dalam keadaan dia beriman. Tidaklah seorang pencuri itu mencuri sedangkan dia dalam keadaan dia beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak dalam keadaan dia beriman.” [Riwayat al-Bukhari (5578) dan Muslim (100)]

Iman yang betul ketika mana nak melakukan dosa, dia teringat cepat lalu dia tarik diri. Orang yang imannya lemah, ketika melakukan dosa, dia teruskan sahaja, dia tidak mampu untuk menahan dirinya. 

Maka, siapa yang mampu menahan dirinya dari maksiat dan dosa tanda ada iman. Orang yang tidak mampu menahan diri dariapda maksiat dan dosa, maknanya imannya tercabut. Oleh itu, penting untuk kita mengikat setiap aktiviti dan amalan dunia kita dengan ukhrawi. 

Kenapa Allah swt titikberatkan tentang Akhirat? Kerana keyakinan terhadap Akhirat ini hilang pada orang Quraisy semasa itu. Orang Quraisy zaman Rasulullah dahulu menganggap dunia inilah kehidupan, selepas itu tiada lagi kehidupan. Maka, Allah swt menitikberatkan keimanan kepada Akhirat ini. Dan apabila tiada iman kepada Akhirat menjadi punca seksa. Kata Allah pada ayat kelima;

Mereka akan mendapat azab, di dunia dan Akhirat. Secara zahir mungkin harta mereka melimpah ruah, kekayaan mereka banyak tetapi mereka terseksa.

سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah al-Qalam (44)

Istidraj ini adalah seksaan tersebut perlahan-perlahan. Slow but sure, sedikit tapi pasti. Dia tanpa sedar azab tersebut dan membinasakannya. Dan mereka juga di Akhirat nanti akan masuk dalam golongan yang paling merugi. Orang yang paling merugi ini adalah mereka yang tidak ada dalam fikiran mereka adanya Akhirat. 

Kita itu jelaslah mereka akan menyesal. Perkara akhirat adalah perkara yang akan datang berlaku yang mana dia boleh saja berlaku dan boleh saja tidak berlaku. Tapi Allah swt meyakinkan kita bahawa ia pasti terjadi. Jadi, tidak rugi pun kalau kita percaya. Rugi kita kalau kita tak percaya. 

Kalau nanti apa yang dikatakan Allah itu benar, kita tak percaya dan kita tidak mengambil persiapan untuk menghadapi tentulah kita akan menyesal. 

Contohnya, cikgu memberitahu bahawa akan ada peperiksaan pada minggu hadapan. Ada sebahagian percaya dan ada sebahagian tidak percaya. Jadi, mereka yang percaya akan membuatkan persiapan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Maka, bilamana terjadinya peperiksaan tersebut yang bersiap ini berseronok manakala yang tidak mempercayai hanya mampu menyesal. 

Iman pada Akhirat ini menjadikan kita manusia yang berguna, manusia yang menghindarkan dosa. insyaaAllah orang yang mempunyai keyakinan kepada Akhirat ini tidak akan membuat kerosakan terhadap orang lain. Oleh itu, yakinlah bahawa ada Akhirat. Diulang “هم” dua kali menunjukkan mereka benar-benar yakin akan adanya hari Akhirat. 

Allah swt menegaskan, Kalau dalam bahasa Arab, di sini ada dua penegasan iaitu huruf  أِنَّ dan ل taukid. Contohnya,  إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ. Manusia itu benar-benar dalam kerugian. Jadi, Allah swt menegaskan, وَإِنَّكَ لَتُلَقَّى الْقُرْآنَ. Dalam bahasa Arab ada namanya ilmu Balaghah juga; ilmu yang menjelaskan tentang rahsia susunan ayat-ayat Arab.

Di antaranya, apabila jumpa huruf taukid banyak dalam ayat tersebut menunjukkan ayat ini ditujukan kepada orang yang ingkar, orang yang menentang. Orang yang percaya tak perlu bersumpah-sumpah, tak perlu taukid. Waktu ayat ini diturunkan ia ditujukan kepada orang kafir.

 Mereka tidak percaya bahawa Al-Quran ini daripada Allah swt, ada yang mengatakan bahawa Al-Quran ini daripada penyair, tukang sihir, syaitan. Jadi, Allah swt membantah dakwaan mereka dengan وَإِنَّكَ لَتُلَقَّى الْقُرْآنَ wahai Muhammad, sesungguhnya Engkau benar-benar mendapatkan Al-Quran itu daripada Allah yang maha bijaksana lagi maha mengetahui.

Satu, memberikan keyakinan kepada nabi Muhammad saw dan dalam masa yang sama membantah dakwaan kafir Quraisy. Nak menunjukkan peradaban unggul itu daripada yakinnya kepada Al-Quran itu dan datangnya Al-Quran itu daripada Allah swt. 

Maka, dalam surah Al-Baqarah yang merupakan surah kedua selepas Al-Fatihah dari segi susunannya, Allah mengatakan ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ kitab ini iaitu Al-Quran tiada keraguan padanya. Maknanya, dalamnya ialah yakin, sesuatu yang pasti, sesuatu yang benar.  

Dan Allah yang menurunkan Al-Quran itu hakim, yang maha bijaksana. Maha bijaksana maknanya Dia tahu orang yang paling layak menerima Al-Quran itu nabi Muhammad saw sebab dia adalah manusia terbaik pada waktu itu, manusia yang boleh diteladani dari dulu sampailah sekarang. Sampai akhir zaman dia tetap “the best person”, khairul bariyyah (sebaik-baik manusia). 

Kemudian, bijaksana Allah Allah turunkan Al-Quran pada zaman Rasulullah saw, pada zaman orang Quraisy hilang keyakinan dengan agama. Mereka mereka-reka agama mereka sendiri sesuai dengan hawa nafsu mereka. Maka, Allah swt turunkan Al-Quran kepada mereka. Dan semua itu atas landasan kebijaksanaan yang jelas daripada Allah swt. 

Kemudian, atas asas ilmunya yang pasti, yang jelas dengan semua yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan dengan apa yang akan diselesaikan dengan Al-Quran dalam kehidupan manusia. Allah swt menegaskan bahawa Al-Quran yang diperoleh oleh Rasulullah saw yang disampaikan kepada umat manusia, مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ عَلِيمٍ ia berasal dari Allah yang maha bijaksana lagi maha mengetahui. 

Maka Allah swt menyambung kisah tersebut dengan kisah nabi Musa memperoleh wahyu seolah-olah Allah swt menunjukkan kepada nabi Muhammad saw, “wahyu yang kau dapat ni Muhammad , bukan kau seorang sahaja yang dapat. Wahyu yang dapat ini sebenarnya sudah pernah diberi kepada nabi Musa. Bukan Musa sahaja, bahkan nabi-nabi sebelum kamu pun pernah mendapat wahyu”. 

Jadi, ini yang Allah ingin datangkan kisah nabi musa. Kisah nabi Musa tidak bermula dengan kisah awal kelahirannya tetapi terus dengan kisah bagaimana dia memperoleh wahyu yang mana Allah swt berfirman, Ingatlah, ketika Musa berkata kepada keluarganya “Sungguh aku melihat api, aku akan membawa khabar tentang itu kepada kamu atau aku akan membawa suluh api kepada kamu agar kamu dapat menghangatkan badan dengan api tersebut”. Ini merupakan cerita pertengahan tentang nabi Musa.

 Kalau tuan puan lihat, cerita nabi Musa ini di antara cerita nabi yang paling lengkap, dari lahir sampai hari penghujungnya tetapi cerita tentang nabi Musa meninggal tidak dirakamkan di dalam Al-Quran dan cerita nabi Musa ini adalah cerita yang paling banyak kita jumpa dalam Al-Quran. 

Kadang-kadang saya tertanya juga, kenapa cerita nabi Musa ini banyak kita jumpa dalam Al-Quran. Satu yang saya nampak, mengingatkankan nabi Muhammad saw apa yang dihadapi oleh nabi Muhammad saw tak seberapa dengan apa yang dihadapi dengan Musa. Nabi Musa ketika dia lahir, dihantui oleh pembunuhan. Nabi saw ketika lahir, tidaklah sampai seperti itu; ketika dia lahir ada lagi orang nak menyambutnya. 

Bahkan Abu Lahab bapa saudaranyanya yang kemudiannya menjadi musuhnya, masa nabi Muhammad lahir, dia gembira. Dia yang mengakikahkan, dia yang menyuruh Thuwaibah, pembantunya untuk menolong Aminah, ibunda Rasulullah saw. 

Jadi, berbeza dengan Musa. Musa ketika dia lahir, ibunya penuh dengan ketakutan, kerisauan tentangnya sehingga dia dihanyutkan. Nabi Muhammad saw tak sampai ke tahap itu. Nabi Muhammad cuma lahir dalam keadaan yatim. Kata Allah dalam surah Dhuha; “Wahai Muhammad, jangan kau herdik anak-anak yatim, jangan kau caci maki dia” Sebab apa? Sebab dulu kau pernah jadi yatim. 

Jadi, Rasulullah saw mempunyai simpati yang tinggi terhadap anak yatim sebab dia dulu adalah anak yatim juga. Saya secara peribadi, ayah saya meninggal ketika saya berumur 10 tahun. Jadi, kepada anak yatim ni kita ada perasaan lain sikit, cerita anak yatim kita cepat untuk beraksi. Tak sedap melihat anak yatim tiada rumah, kita bangunkan rumah. Apabila dengar anak yatim takda makan, cepat kita bantu sebab kita pernah mengalami seperti itu juga. 

Nabi Muhammad saw menjalani kehidupan yang lebih senang sebenarnya berbanding Musa. Musa hidup dengan musuh dia yang kemudiannya iaitu hidup dengan Firaun. Nabi Muhammad Alhamdulillah hidup dengan maknya, dengan Halimatus Sa’diah (pembantu yang menyusukannya), kemudian dibalikkan kepada ibunya semula, kemudian dijaga oleh atuknya yang sayang kepadanya, dan dijaga pula oleh bapa saudaranya, Abi Talib sehinggalah menjadi besar berkahwin dan mereka itu sayang kepada Nabi Muhammad saw. 

Jadi, berbeza dengan Nabi Musa as. Nabi Musa as dijaga oleh Firaun. Kalau Firaun tahu Nabi Musa as adalah anak bani Israel, dia cuba untuk halau atau binasakan Nabi Musa as. Dan dalam kisah bahawasanya firaun tidak percaya dengan isterinya, Asiah bahawa Musa ini tidak reti apa-apa, dia tidak akan datangkan mudharat apa-apa. 

Maka, dia cuba masukkan bara api ke mulut Nabi Musa as semasa kecil sehingga Nabi Musa as ketika itu menelan bara api tersebut. Itu yang menyebabkan Nabi Musa tidak lancar bercakap, gagap dalam bercakap. 

Nabi Muhammad hidup dalam sekeliling yang sayangkan dia. Bahkan sampai dia besar, orang percayakan dia dan dia digelar dengan Al-Amin, orang yang diberi kedudukan mulia di tengah masyrakat meraka. Berbeza. Jadi, Rasulullah saw mungkin merasa dia tidak beruntung, hidup susah. Maka, Allah swt mendatangkan kisah Nabi Musa as dalam Al-Quran banyak supaya Nabi Muhammad saw bercermin bahawa engkau bukanlah orang yang paling susah, ada orang yang lagi susah. 

Pengajarannya seperti apa yang Rasulullah pernah bersabda, untuk kamu merasa syukur, kamu lihatlah orang yang lebih rendah, lebih di bawah. Dengan itu, kamu akan berasa lega, bahawa kamu bukanlah orang yang paling teruk. Ada orang yang lebih parah lagi, mendatangkan perasaan ini sangat penting. Maka, Rasulullah saw didatangkan dengan kisah Nabi Musa as. 

Di antaranya kisah yang ada dalam surah An-Naml ini, Allah swt menceritakan awal nabi Musa memperoleh wahyu yang mana permulaannya Nabi Musa as juga tak menyangka bahawa dia akan dapat wahyu. Nabi Muhammad saw pun tak menyangka dia akan dapat wahyu. Ketika dia bertahanus (mengasingkan diri) di Gua Hira’, maka datang Jibril tiba-tiba. 

Nabi Musa as juga begitu, dia dapat wahyu ketika dia nak balik ke Mesir. Ketika dia dengan Firaun, membunuh orang Qibti lalu melarikan diri ke Madyan, kemudian duduk di rumah Nabi Syuaib dan berkahwin dengan anaknya dan bekerja sebagai ganti kepada maharnya selama 8 tahun atau 10 tahun, pada waktu itu Nabi Musa belum lagi seorang nabi. 

Dia baru seorang manusia biasa yang memperoleh firasat dan pertolongan Allah swt dan Nabi Musa baru dilantik menjadi nabi pada masa inilah yang mana ketika Nabi Musa tinggal bersama Nabi Syuaib as dan rindu nak balik ke Mesir semula, rindu melihat mak ayah, adik beradiknya. 

Maka ketika itu, Nabi Musa minta izin Nabi Syuaib as untuk kembali ke Mesir. Tujuan asalnya cuma untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Maka, mereka merancanglah untuk balik ke Mesir kerana ketika itu Nabi Musa as masih lagi dihantui dengan perasaan bahawasanya Firaun pasti mencari dia, pasti akan mengejarnya. Maka, Nabi Musa as merancang untuk pulang ke Mesir pada waktu malam, waktu orang tak tahu. Dalam masa yang sama, pada masa itu adalah musim sejuk. Kemudian, dia lalu ke jalan yang orang tak biasa lalu. Sebab dia takut kalau dia lalu jalan yang orang awam lalu, orang kenal dia. Ini menyebabkan mereka tersesat. Maka diceritakan disini (Surah An-Naml ini), 

“Musa berkata dengan keluarganya” maknya Musa di sini balik (ke Mesir) dengan keluarganya, bukan balik sendiri, ada isterinya, ada anaknya kalau tak silap dia bawa sekali kambing-kambingnya yang akan digunakan semasa dalam perjalanannya. إِنِّي آنَسْتُ Ini kata ulama’ masa malam “Aku melihat api”, سَآتِيكُم مِّنْهَا بِخَبَرٍ“Nanti aku nampak api, mudah-mudahan aku akan pergi ke tempat tersebut, aku dapat mengetahui berita (jalan betul atau tidak)” sebab mereka dah mula tersesat. Ini yang ingin dipastikan oleh Nabi Musa as. أَوْ آتِيكُم بِشِهَابٍ قَبَسٍ  “Kalau pun tak dapat berita, mungkin aku dapat api, aku mintak pada mereka api dan dengan api tersebut  لَّعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ boleh kita panaskan badan kita sebab musim sejuk, malam hari. 

Maka, Nabi Musa as melihat api dan dia berharap agar api tersebut dia boleh dapat ataupun bertanya pada orang yang ada di tempat api tersebut mengenai laluan yang mereka lalui ataupun berita yang mereka ketahui tentang kerajaan Firaun. 

Nabi Musa as melihat sayup-sayup dari jauh. Kata ulama’ tempat Nabi Musa as melihat api itu ialah di Bukit Tursina, bukit yang terletak antara Palestin dan Mesir, dekat Sinai. Maka, Nabi Musa as ketika itu lari dari Mesir ke Madyan, Madyan itu terletak di kawasan Jordan, Syria sekarang, kalau tak silap saya. Dia tak tahu bahawasanya di tempat api itu dia akan mendapatkan sesuatu yang lain daripada apa yang dia harapkan. Bahkan, lebih hebat dari apa yang dia harapkan. 

Dan ketika sampai ke tempat api tersebut, ternyata ia bukan api betul-betul. Ternyata yang dia nampak itu adalah cahaya yang ada pada satu pokok yang ada di Bukit Tursina tersebut. Cahaya itu kata ulama’, cahaya Illahi yang mana Allah swt menempatkan cahayanya pada pokok tersebut. 

Ketika dia mendapatkan cahaya tersebut, ada cahaya yang suara yang memanggilnya iaitu,  نُودِيَ أَن بُورِكَ مَن فِي النَّارِ وَمَنْ حَوْلَهَا “diberkatilah orang-orang yang berada di dekat api dan orang-orang yang berada di sekitarnya”. Dalam hal ini, saya suka untuk saya membacakan pada tuan puan tafsiran berdasarkan kitab tafsir sebab ayat ini di antara ayat yang mungkin boleh orang keliru mengenai perkara tersebut. Saya suka memetik kata Ar-Razi ini kerana tafsir Ar-Razi ini lebih lengkap perbincangannya antaranya menjelaskan rahsia-rahsia ayat dan kenapa Allah swt menurunkan ayat ini. 

Dari segi riwayat-riwayat, saya suka merujuk Tafsir Ibu Kathir tapi untuk memahami rahsia-rahsia ayat anatara tafsir yang baik untuk kita rujuk. Ada satu lagi tafsir, tafsir Ibnu ‘Asyur, At-Tahrir wa Tanwir. 

Kata Imam Ar-Razi ketika menafsirkan ayat ini, dalam ayat ini ada perbincangan. Pertama adalah نُودِيَ أَن بُورِكَ dia diseru dan dia kata ia merupakan penjelasan bagi panggilan yang ada dihadapannya tersebut. Dipanggil Musa dengan “wahai Musa, semoga engkau diberkati”. dan yang kedua, مَن فِي النَّارِ di ayat tersebut ada mengatakan orang yang ada dekat api. Apa yang dimaksudkan dengan orang-orang yang berada dekat api dan orang-orang yang berada di sekitarnya? 

Di sini, ulama’ tafsir iaitu Imam Ar-Razi, pertamanya, النَّارِ tersebut bukanlah bermaksud api tapi cahaya. Yang dimaksudkan dengan orang yang berada dekat api itu ia adalah Allah, ini menurut satu pendapat. وَمَنْ حَوْلَهَا Dan orang yang berada disekitarnya maksudnya Malaikat. Jadi maksudnya, mahasucilah/ diberkatilah Allah swt dan malaikat yang berada disekelilingnya. Ini riwayat darpada Ibnu Abbas. Akan tetapi kata Ar-Razi, kami pastikan riwayat ini adalah riwayat yang maudhu’, dia bukan benar. 

Dan pendapat kedua, orang yang berada di tempat api tersebut adalah cahaya Allah dan yang berada di sekitar api tersebut adalah malaikat dan itu merupakan pendapat Al-Qatadah dan Al-Zujaj. 

Dan pendapat ketiga mengatakan, Allah swt memanggil Nabi Musa as dengan kata-kata yang dia dengar daripada pokok yang ada di dataran suci iaitu yang berada di tanah Tur tersebut. Maka, Allah swt memanggil dia melalui pokok tersebut tapi bukan bermakna Allah berada di tempat pokok tersebut. Yang bercakap bukan pokok tetapi Allah swt. Dan orang yang berada di sekitar itu adalah para malaikat. Maka, inilah pendapat Al-Juba’ie. 

Dan pendapat yang keempat adalah diberkati orang yang berada dekat pokok, bukan Allah, bukan pokok tetapi yang dimaksudkan pada pendapat keempat adalah Nabi Musa as sendiri dan yang sekelilingnya malaikat. Dan ini yang lebih dekat menurut Imam Ar-Razi. 

Dan Allah swt pada ayat tersebut menyucikan dirinya, وَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ nak mengingatkan kita jangan kita membayangkan Allah macam makhluk. Mungkin ketika baca ayat ini, kita terfikir bahawa Allah bertempat di pokok. Tetapi Allah ingatkan Allah maha suci daripada bayangan-bayangan, fikiran-fikiran yang wujud pada diri kita yang biasanya berlandaskan pada bentuk makhluk. 

Yang penting, Nabi Musa as mendapat wahyu, mendengar kata-kata daripada Allah swt. Bagaimana bentuknya, kita perlu kembalikannya kepada Allah swt, Allah swt sahaja tahu bagaimana pokok itu boleh bercakap lalu Nabi Musa as mendengar. 

Sebenarnya dalam ayat ini, ada beberapa perkara yang perlu kita jadikan bahan tadabbur terutama dalam perbincangan kita dalam membina peradaban unggul berdasarkan pada panduan illahi tapi insyaaAllah kita akan tunda perbincangan tersebut pada pertemuan akan datang iaitu sabtu akan datang kalau tiada hal dan juga hari ahad, pukul 8 sehingga 9 pagi. Demikian sahaja, kita tutup dengan tasbih kaffarah dan Surah Al-Asr. Assalamualaikum.

TADABBUR SURAH AN-NAML SESSI 3 AYAT 3-5 : 22 Aug 2020M

 Nota Perkongsian 22.08.2020

Tadabbur Surah An-Naml Sesi 3 akan membahas surah An-Naml Ayat 3-5

Tema: MEMBINA PERADABAN (Tamadun) MANUSIA UNGGUL 

Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman


Bacaan:

ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُم بِٱلْءَاخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

(yaitu) orang-orang yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat.

(An Naml 27:3)

إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْءَاخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمْ أَعْمٰلَهُمْ فَهُمْ يَعْمَهُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat, Kami jadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka, maka mereka bergelimang (dalam kesesatan).

(An Naml 27:4)

أُوْلٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَهُمْ سُوٓءُ ٱلْعَذَابِ وَهُمْ فِى ٱلْءَاخِرَةِ هُمُ ٱلْأَخْسَرُونَ

Mereka itulah orang-orang yang mendapat (di dunia) azab yang buruk dan mereka di akhirat adalah orang-orang yang paling merugi.

(An Naml 27:5)


Assalamualaikum wrbt,

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt. Kemudian, selawat dan salam pada junjungan kita, Nabi Muhammad saw. Pagi ini insyaaAllah kita akan sambung tadabbur kita terhadap surah An-Naml yang mana pada pertemuan lepas kita masih membincangkan ayat ke dua daripada surah An-Naml ini. 

Yang mana Allah swt pada ayat tersebut bermula dengan huruf tho sin iaitu huruf muqataah, ia mempunyai makna dan maksud yang hanya Allah swt sahaja yang tahu. Dan ketika itu Allah menunjukkan kepada kita bahawa ini adalah ayat-ayat Al-Quran “wal kitabil mubin (dan kitab yang jelas). Apa yang dimaksudkan dengan kitab yang jelas tersebut? Ia bermaksud kitab yang ada dalam Luh Mahfuz yang mana dalam kitab tersebut terkandung dalamnya ketetapan-ketetapan dan ketentuan-ketentuan Allah swt yang berlaku di alam ini termasuklah di alam manusia. 

Jadi, seolah-olah Allah swt mengisyaratkan kepada kita bahawasanya ada dua bentuk kitab Allah yang diberikan kepada manusia dalam bentuk bacaan yang mereka boleh baca dan lagi satu adalah kitab Allah yang mana ia ada di Luh Mahfuz yang tidak boleh nampak dan tidak dibaca oleh manusia. 

Dari kitab tersebut apa yang kita perlu buat? Inilah dari ayat yang kedua mengatakan هُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ, ia menjadi petunjuk dan berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Jadi, kitab ini baru menjadi manfaat jika kita jadikan ia sebagai petunjuk, sebagai bimbingan hidup bagi kita dan sebagai berita gembira. Maka, orang beriman ini apabila berada bersama dengan Al-Quran, dia rasa seronok sebab dia mendapat sesuatu berita gembira yang menyenangkan hatinya. 

Di antara berita gembira itu ialah setiap kesusahan, setiap ujian yang dilalui oleh seseorang mukmin di dunia ini, Allah akan ganjarkan di Akhirat nanti. Allah tidak akan sia-siakan. Inilah yang perlu kita pegang melalui tadabbur atau perkongsian kita yang lepas. 

Sebelum kita lanjutkan kita lihat apakah tema daripada perkongsian kita ini. Temanya adalah membina peradaban manusia unggul. Dalam surah An-Naml ini Allah mengisyaratkan kepada kita perkara-perkara yang menjadikan kita ini unggul secara individu dan unggul juga secara komuniti. Dan kita umat Islam bukanlah orang yang individualistic. Kita adalah manusia yang berjamaah yang kita perlu involve dengan kehidupan duniawi ini dalam bentuk memberi manfaat dan kebaikan untuk umat manusia.

Maka pada pertemuan yang lepas, kita sudah menyebutkan bahawasanya landasan-landasan peradaban umat Islam daripada ayat yang kita bincangkan di antaranya adalah kita meyakini bahawasanya dalam kehidupan manusia ini ada perkara yang jelas dan mudah difahami manusia dan ada perkara yang samar yang mempunyai ada banyak kemungkinan maksudnya.berdasarkan huruf-huruf muqataah yang kita sebutkan di awal daripada surah tersebut. 

Oleh itu, bagaimana kita melihat perkara tersebut, maka kita perlu panduan Al-Quran, panduan wahyu daripada Allah swt dan ditafsirkan oleh sabda-sabda Rasulullah saw dalam bentuk sunnahnya, ia merupakan landasan-landasan peradaban Islam yang unggul dan landasan bimbingan Allah swt. 

Dan kita juga sudah menjelaskan bahawasanya landasan peradaban unggul juga adalah keyakinan kepada ketetapan Allah swt bahawa kita meyakini setiap perkara yang kita lakukan itu Allah swt sudah tentukan. Kita cuba untuk mengikut kepada ketetapan dan ketentuan Allah swt. Kita bincangkan juga bahawasanya peradaban yang unggul tersebut yakin kepada ketetapan Allah dan jadikannya sebagai petunjuk dan berita gembira dalam kehidupannya. 

Apakah yang menjadi amalan kepada orang-orang yang membina peradaban dan tamadun Islam ini? Dan kita ini disebutkan oleh Allah swt dalam ayat yang kita baca tadi,

Mereka itu adalah orang-orang yang mendirikan solat dan mereka juga menunaikan zakat dan mereka meyakini adanya hari Akhirat. Maka dengan ini, orang yang membina peradaban Islam itu adalah orang yang menjaga hubungan dengan Allah swt. Mendirikan solat di sini membawa makna bahawasanya menjaga solat lima waktu terutamanya. 

Dan dalam mendirikan solat tersebut, maka akan dijagalah syarat dan rukun solat tersebut. Maka daripada berwuduk lagi sehinggalah rukun qawli dan fe’li yang ada di dalam solat itu dijaga dengan baik. Dalam perbincangan kita bicara buku, bicara santai kita pernah bincang dahulu bagaimana cara untuk meraih kekhusyukan. Maka di antaranya adalah jaga syarat dan rukun solat tersebut. Di antara nilai utama dalam solat adalah kekhusyukan.

Solat bukan hanya pergerakan fizikal ataupun kata-kata/ ungkapan yang kita bacakan dalam solat kita tetapi ia menghasilkan kekhusyukan. Kekusyukan ini akan menghasilkan ketundukan dan kepatuhan kita kepada Allah swt. Jadi, kita menjaga solat maknanya menjaga ketundukan dan kepatahun kita kepada Allah swt. 

Dan juga mendirikan solat lima waktu terutamanya perlu memberi kesan di dalam kehidupan kita, memberi impak positif dalam kehidupan kita, membawa seperti firman Allah swt, mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar. Ada impak-impak positif yang mana kita disiplin, menjaga wuduk, tepat pada waktu, apa yang kita telah janjikan kita cuba tunaikan, kita menghargai waktu. 

Di dalam Islam sebenarnya kita sangat menjaga waktu. Namun sayang, umat Islam sekarang ini, mereka sudah mula jauh daripada Islam itu sendiri, mereka abaikan waktu. Mereka tidak menggunakan sebaik-baiknya padahal modal utama kehidupan manusia di muka bumi ini adalah masa ataupun waktu. 

Maka, Allah swt di dalam Al-Quran kalau kita lihat selalu bersumpah dalam banyak keadaan dengan waktu. Allah bersumpah dengan والعَصرِِ (waktu asar), ِ والَّيل (waktu malam), والضُحَى (waktu dhuha), والشَمس والضُحَى dan Allah kaitkan juga dengan matahari yang boleh mendatangkan waktu dhuha tersebut. Jadi, dalam Islam waktu sangat penting. Kesan daripada solat yang betul sebenarnya kita disiplin waktu. Kita didisiplinkan oleh Allah swt lima kali sehari yang mana satu, subuh. Pukul 6 kita dah solat dah. Maknanya, kita kena bangun sebelum pukul 6 sebenarnya. 

Kalau boleh bangun pukul 5 lagi, boleh kita tahajjud. Kemudian kita berzikir, istighfar dan kita sambung dengan solat subuh. Lepas solat subuh, kita boleh beramal lagi dengan berzikir lagi. Nanti waktu dhuha, kita diingatkan lagi dengan solat dhuha. Nanti solat zohor, kita diingatkan lagi dengan solat zohor, suruh kita commit dalam melakukan solat zohor. Kemudian, asar, maghrib, isyak. Inilah kehidupan yang dipandu, dibimbing. 

Saya pernah membaca satu artikel bahawasanya nak harapkan orang bukan Islam untuk duduk atau hidup dalam disiplin yang seperti dibuat oleh orang mukmin sekarang ini, orang bukan Islam masuk penjara baru dia buat macam tu. Yang mana mereka bangun pagi sampailah ke tidur, mereka tersusun. Tapi keluar dari penjara huru-hara balik. Oleh itu, orang mukmin tak perlu masuk penjara baru mereka berdisiplin. 

Maka, peradaban Islam ialah peradaban yang berlandaskan kepada disiplin waktu, disiplin hubungan kita dengan Allah swt. Disiplin waktu kita ini bukan hanya dengan manusia sahaja, tetapi untuk Allah swt. Dan jangan sampai kita dengan Allah kita jaga waktu, dengan manusia tidak. Biasanya kalau benar hubungan kita dengan Allah swt. Maka, benar jugalah hubungan kita dengan makhlukNya, dengan manusia, dengan orang-orang yang ada di sekeliling kita.

Inilah landasan pertama iaitu wahyu tersebut membentuk manusia yang menjaga hubungan dengan Allah swt.  Melalui sambungan ayat tersebut, Allah swt mengatakan “mereka membayar zakat”. Disini, menunjukkan bahawasanya mukmin yang sejati tersebut selain mereka menjaga hubungan dengan Allah swt, dia juga menjaga hubungan dengan makhlukNya. 

Maka, mereka berusaha untuk memberi sumbangan, sumbangan yang wajib dalam bentuk zakat, sumbangan yang sukarela dalam bentuk infaq, sedekah. Mukmin yang benar adalah mukmin yang membina peradaban berlandaskan kepada rasa ingin menyumbang kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya, kepada masyarakat.

Ini menjadi mentaliti utama umat Islam, iaitu menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia. Menjaga hubungan dengan manusia ini dalam bentuk menyumbang. Jadilah penyumbang kebaikan kepada manusia. Selalu saya tekankan, Islam adalah agama yang mengambil berat tentang sumbangan kita. 

Setiap apa yang Allah bagi pada kita, Allah nak kita gunakan untuk diri kita dan kita gunakan untuk manusia, orang-orang sekeliling kita. Jangan kita saja yang dapat tapi kita tak memberi kepada orang-orang sekeliling kita. Orang sekeliling kita tidak menikmati apa yang kita ada. 

Jadi saudara, melalui ayat “mereka membayar zakat” mengingatkan kita peradaban Islam adalah peradaban unggul yang dibina atas hubungan dengan dan hubungan dengan makhluk Allah swt. Islam bukan hanya untuk manusia sahaja, Islam menyuruh kita menjaga makhluk-makhluk Allah yang lain, pokok-pokok, haiwan-haiwan, bukan sesuka hati kita tebang, kita bunuh, kita ada aturan-aturannya. Dan aturannya dijaga dengan baik. 

Lihat apa yang ada pada diri tuan puan dan tuan puan berilah sumbangan kepada manusia. Allah bagi ilmu, sumbangkan ilmu. Jika Allah berikan masa, sumbangkanlah masa dengan memberi tenaga. Dan Allah berikan harta mungkin, gunakanlah untuk memberi kebaikan kepada masyarakat. insyaaAllah takkan berkurang setiap apa yang disumbangkan. Bahkan bertambah. 

Saya suka berkongsi ilmu ini untuk menambahkan ilmu saya, bukan untuk mengatakan saya pandai. Tidak. Tapi ini cara saya belajar. Cara saya untuk memperbaiki diri saya, cara saya mengingatkan diri saya apa yang patut, apa yang tak patut. Jadi, setiap kali kita menyumbang, manfaatnya akan balik kepada kita semula. 

Dan juga, perabadan Islam berorientasikan Akhirat. Akhirat merupakan orientasi utama. Peradaban Islam bukan berorientasikan dunia. Dunia ini dalam Islam hanyalah tempat yang sementara, singgahan kita yang akan kita tinggalkan nanti. Maka, وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ. Ini merupakan satu isyarat kepada kita bahawasanya peradaban yang hendak dibina oleh Islam adalah peradaban yang berorientasikan Akhirat iaitu berorientasikan peradaban untuk beroleh redha Allah swt. 

Allah nak bagi pada kita perkara yang bagus, bermanfaat pada kita. Kalau Allah dah bagi keredhaan kepada kita, maka ia merupakan satu nikmat yang besar. Para sahabat nabi adalah anatara orang-orang yang diberi keredhaan oleh Allah swt sehingga sumbangan mereka terasa sampai sekarang. 

Demikianlah juga jika kita berjaya meraih redha Allah swt, insyaaAllah sumbangan-sumbangan yang kita buat akan bermanfaat kepada umat manusia. Bukan hanya Islam sahaja, tetapi semua umat manusia. Dan orientasi Islam juga membuatkan kita berusaha untuk selamat daripada azab neraka. Dengan ini, kita akan mengawal diri kita, mengawal tindak tanduk kita, mengawal perbuatan kita supaya jangan menyalahi ketentuan dan ketetapan Allah swt. 

Kita menghindarkan perkara yang dilarang oleh Allah swt sebab kita tidak ingat terjerumus dalam azab Allah. Selain itu, kita juga mengharapkan balasan daripada Allah swt. Allah swt menyediakan setiap komitmen yang kita berikan kepada agamaNya, kepada hubungan denganNya dan hubungan dengan makhluknya, itu akan ada balasan-balasannya. Allah takkan sia-siakan setiap kebaikan-kebaikan yang kita lakukan itu. 

Maka oleh itu, kita melakukan kebaikan dalam hidup; samada hubungan dengan Allah swt atau hubungan dengan manusia dengan orientasi akhirat kita. Kita jadikan bekalan kita berjumpa dengan Allah. Jadi Islam menyuruh kita untuk berbekal.

 وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى “berbekallah kamu”. Di dunia ini memang tempat untuk kita berbekal sebanyak-banyaknya. Ia bukanlah tempat untuk kita berseronok, lupa diri. Ia adalah tempat sementara dan akhirat adalah tempat kita bergembira nanti. Dengan cara apa? Menggunakan dunia kita ini sebaik-baiknya. Jadi, orientasi peradaban Islam adalah orientasi akhirat. 

Jadi, kalau kita lihat apakah komponen utama dalam membina peradaban unggul dalam peradaban Islam? Ada tiga komponen. 

Satu, hubungan dengan Allah. 

Yang kedua, hubungan dengan manusia. 

Ketiga, orientasi akhirat; mengharapkan hidupan akhirat yang lebih baik. 

Ketahuilah, kita tidak akan dapat meraih akhirat yang lebih baik melainkan dengan menggunakan kehidupan dunia ini sebaik-baiknya. Jadikan dunia ini sebagai tempat yang aman, tempat yang terhindar dari hasad dengki, tempat yang memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada semua, barulah di Akhirat nanti kita akan dapat hidup yang baik. 

Jangan kita beranggap bahawasanya kita hidup di Akhirat dengan baik dengan meninggalkan dunia ini tanpa kita menjadikan dunia ini tempat yang baik; kita tak kisah, orang nak merompak ke, silakan. Orang nak buat zina, silakan. Tak! Itu bukanlah beradaban Islam. Itu bukanlah sesuatu yang membawa kepada kehidupan Akhirat kita yang lebih baik. 

Justeru, apabila betul iman kita kepada Allah dan kepada hari Akhirat, kita akan cuba nanti bagaimana menjadi jiran yang baik. Apabila kita jumpa jiran kita tak betul, orang sekeliling tidak betul, kita cuba untuk membawa mereka ke jalan yang lurus. Kita akan buat sesuatu. 

Iman yang betul membuatkan kita bertindak. Setiap yang kita lakukan itu akan membawa manfaat kepada kita di Akhirat nanti, Allah akan balas. Allah akan anugerahkan kita kebaikan yang besar nanti daripada usaha kita itu. Maka Rasulullah bersabda;

عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ

[رواه مسلم]

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.

Orang yang beriman seperti ini, apabila ada orang disekelilingnya melakukan kebaikan, dia support, dia cuba untuk memberikan pertolongan dan bantuan. Kalau dia tidak boleh bantu dari bentuk harta, dia boleh bantu dalam bentuk doa, mungkin; bantu dalam bentuk nasihat yang baik, kata-kata motivasi yang mendorong kawan tersebut agar istiqamah dalam kebaikan tersebut. Dan melakukan yang lebih baik lagi. Dia bukan dengki. 

Setengah kita ada yang apabila orang melakukan kebaikan, dia cemburu; dia ingin kebaikan orang tersebut berhenti dan dia yang buat. Kalau dia yang buat okay lagi, dia sendiri pun tak buat kadang-kadang dia hanya dengki tengok orang sahaja. 

Kita berlindung daripada Allah daripada perkara tersebut. Itu yang kita boleh ambil dalam ayat yang ketiga, yang mana Allah swt menjelaskan tentang orang-orang yang beriman tersebut adalah;

Mereka adalah orang-orang yang mendirikan solat. Maknanya, orang-orang yang menjaga hubungannya dengan Allah swt terutama solat. Sebenarnya, selain solat apa yang kita boleh buat untuk menjaga hubungan dengan Allah swt? Iaitu, zikir. Zikrullah. Ataupun boleh membaca Al-Quran; di antara cara kita menghubungkan kita dengan Allah. 

Mereka adalah orang-orang yang menunaikan zakat. Mereka menjaga hubungan dengan manusia, dengan makhluk Allah yang lain dalam bentuk memberi bantuan, sumbangan dan dia bukan orang yang mendatangkan keburukan. Dan semua itu dibungkus oleh iman yang berorientasikan kehidupan Akhirat untuk meraih Akhirat yang mana meraih Akhirat ini mengharapkan redha Allah swt dan juga berusaha untuk menghindarkan diri daripada azab siksaan Allah swt dan mengharapkan agar Allah memberi balasan-balasan daripada amalan tersebut, menjadi lebih baik. 

Kita lihat ayat yang ke-empat. Kita Allah swt menjelaskan tentang orang-orang beriman yang membina peradaban unggul atas wahyu Allah swt yang mana melahirkan manusia-manusia yang menjaga hubungan dengan Allah, menjaga hubungan dengan manusia, Allah menceritakan golongan yang sebaliknya, golongan yang sebenarnya nanti akan menghancurkan peradaban manusia, yang akan menjadi punca kepada kebinasaan, kata Allah swt;

Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, Kami menghiasi perbuatan-perbuatan mereka itu sehingga mereka memandang indah perbuatan buruk yang mereka lakukan. Berbeza dengan orang beriman tadi, bukan hanya setakat percaya tetapi mereka yakin. Iman yang sampai kepada tahap yakin. Yakin ini tidak akan terganggu lagi, tidak akan ada keraguan lagi. 

Mereka yang sebaliknya ini mempunyai pandangan yang rosak, yang tercemar yang mana apabila melihat sesuatu dia bukan melihat atas hakikat. Mereka melihat sesuatu dalam bentuk pandangan yang dah tertipu, bukan hakikat lagi dah. Apabila hakikat itu suatu kebenaran, dia akan lihat hakikat itu bukan satu kebenaran. 

Dan apabila hakikat sesuatu itu salah, tapi dia selalu lihat sesuatu itu tidak salah. Ini kesan apabila seseorang dihiasi dengan kehidupan di dunia ini. Maka dalam ayat ini Allah swt menjelaskan orang-orang yang tidak beriman dengan Akhirat ini pertamanya, mereka tidak sedar dengan apa yang mereka buat. 

Mereka tidak betul-betul menguasai dan mengetahui dengan baik apa yang mereka lakukan. Kesan daripada tiada orientasi Akhirat tersebut adalah dia melakukan sesuatu tanpa kesedaran penuh, tanpa pengetahuan yang jelas samada kaitan dengan duniawi ataupun ada nilai-nilai ukhrawi tetapi dia tidak lakukannya itu dengan sebenar-benar, tidak memberikan menfaat kepadanya di Akhirat nanti. 

Orang bukan Islam bukan tidak melakukan kebaikan. Mereka melakukan kebaikan, di antara mereka ada yang memberi sumbangan besar kepada manusia tetapi tidak dibungkus oleh nilai iman dan akhirat, sumbangan tersebut hanya dunia sahaja. Akhirat dia tak dapat. Jadi, dia tidak betul-betul melihat kehebatan amalan tersebut. 

Orang yang tidak beriman dengan hari Akhirat ini, antara kesannya, mereka dikuasai oleh syaitan. Hidup mereka itu tidak dibimbing oleh diri mereka sendiri ataupun boleh hati mereka sendiri, tetapi dikuasai oleh syaitan sehingga mereka ini umpama boneka atau wayang yang di belakangnya ada dalang yang berfungsi yang mengaturkannya, mengikut kehendak dalang yang dibelakangnya tadi. 

Dalangnya itu siapa? Syaitan. Syaitanlah yang menggerakkannya “kamu perlu buat itu, ini”. Syaitan di belakangnya sehingga mereka tidak nampak apa yang mereka lalukan itu sebagai satu kesalahan, apa yang mereka kerjakan itu sebagai satu keburukan dan kesannya mereka jadi bergelumang dalam kesesatan dan keburukan, dosa yang mereka susah untuk keluar daripadanya. فَهُمْ يَعْمَهُونَ   Mereka terumbang-ambing. Apa puncanya? Tiada orientasi Akhirat. 

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita bahawasanya, ada orang Islam yang keimanannya itu tidak kuat. Apa yang dilakukan tidak diiringi oleh iman kepada Akhirat. Apa yang berlaku? Dia Islam, tapi rasuah. Dia Islam, tapi menzalimi orang. 

Imannya kepada akhirat lemah sehingga dia tidak nampak perbuatan dosa sebagai dosa. Maka, mereka juga dipengaruhi oleh syaitan. Mereka juga dikuasai oleh nafsu mereka. Ketahuilah, jika peradaban tersebut berorientasikan duniawi, ia adalah punca utama kehancuran peradaban tersebut. 

Islam pernah membina peradaban hebat. Pertama adalah di Baghdad. Baghdad merupakan salah satu tamadun yang hebat dahulu tapi hancur, runtuh. Sebab apa? Ketika golongan-golongan atas, pemimpin-pemimpin, orang-orang yang kita harapkan, mereka sudah mulai dikuasai oleh dunia. Mereka memerintah bukan kerana Akhirat lagi. 

Maka, arak bermaharajalela, zina mereka lakukan, dan ketika itu amalan-amalan Islam yang dalam membentuk hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia mereka ketepikan. Maka, hancurlah peradaban tersebut. Hancur di Baghdad, berpindah ke Andalusia. Spain sekarang. Satu tamadun yang besar yang melahirkan satu kawasan Alhamra’. 

MasyaaAllah! Satu tamadun yang hebat dahulu. 7 kurun lamanya Islam berada di Europe, berkuasa besar pada waktu itu. Tetapi tumbang. Apa penyebab tumbang? Ketika pemegang-pemegang kuasa ini sudah berorientasikan duniawi. Mereka melupakan Akhirat. Orientasi Akhirat mereka lemah. Ketahuilah, inilah punca kehancuran peradaban. 

Islam juga pernah membina peradaban di Mesir, di Morocco, di India. Hancur. Kalau kita simpulkan, ia berpunca daripada dunia menguasai mereka. Hati-hati terutama mereka yang memegang tampuk kekuasaan. Jangan sampai dunia menjadi matlamat kita. 

Kita akan sambung sedikit lagi ayat kelima. Allah swt berfirman, 

Mereka itulah orang-orang yang akan mendapat seksaan buruk di dunia dan mereka di akhirat adalah orang-orang yang paling merugi. Di dunia lagi mereka akan mendapat azab yang buruk. Dan menunjukkan kepada kita bahawasanya akhir daripada kehidupan orang yang tidak percaya pada hari Akhirat ini, mereka akan terima azab di dunia. 

Mereka akan hidup susah di dunia apatah lagi di Akhirat nanti. Jadi, iman tidak ada pada Akhirat akan membawa kepada kesusahan dunia dan kesusahan Akhirat. Lihat orang yang mencuri, rasuah, menzalimi, ini takkan lama. Mesti penghujung daripada kehidupannya hidup yang susah, hidup menderita, takkan ada orang zalim dia akan hidup senang. Tidak ada. 

Setiap orang yang zalim pasti hidup susah. Siapa yang hidup senang? Orang yang menghindari diri dari setiap kezaliman, orang yang selalu mematlamatkan kehidupan di dunia ini untuk Akhirat, bekal untuk Akhirat. 

Maka dijaga setiap perbuatan, setiap tindak tanduknya ini supaya jangan menjadi punca kemurkaan Allah swt. InsyaaAllah hidupnya tenang. 

Dan mereka ini juga orang-orang yang paling merugi. Orang yang tidak meniatkan apa yang dia lakukan ini untuk Akhirat orang yang rugi. Rugi dengan apa? Rugi dengan kebaikan yang mereka lakukan tetapi di Akhirat tidak dapat apa-apa. Jadi, peradaban unggul mestilah peradaban yang berorientasikan Akhirat, peradaban yang ditujukan untuk Akhirat yang lebih baik. 

Setakat itu perkongsian kita, kita berhenti sampai ayat yang kelima yang mana ayat keempat dan kelima tersebut mengingatkan kita tentang bahawa apabila setiap yang kita lakukan itu tidak bertujuan untuk Akhirat. Apabila dunia yang memenuhi kehidupan kita. Maka, ia berbahaya untuk diri kita nanti samada di dunia mahupun di Akhirat. Demikian sahaja, jumpa lagi esok jika tidak ada halangan. Saya tutup dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr. Assalamualaikum wrbt.