Tuesday, 24 March 2020

Doa Pagi Rabu 25.3.2020

Doa 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

ُِSalam pagi Rabu                                                     
25 Mac 2020 
1 Syaaban 1441
                                   
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya Rahim 
Kami hamba Mu yg amat lemah ini, benar2 bermohon kepadaMu. 
Angkatkanlah dari kami Virus Covid-19, jauhilah wabak ini dari berada bersama2 kami. 

Ya Allah berilah kami rahmat Mu Ya Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah dan hindarlah kami dari azab api neraka. 

Ya Allah  ampunlah dosa-dosa kami Ya Allah, ampunlah  dosa kedua ibubapa kami Ya Allah, ampunlah dosa anak istri kami Ya Allah dan ampunlah dosa seluruh ahli keluarga kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat2 kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. 

Ya Allah jika mereka telah pergi mendahului kami, lepaskan mereka daripada seksa kubur Ya Allah dan Engkau luas dan lapangkan kubur mereka dan jadikan kubur  mereka salah satu daripada taman syurga Mu Ya Allah. 

Ya Allah ingatkan kami bahawa  Engkau sentiasa melihat apa yang kami lakukan, oleh itu jadilah ia penghalang bagi kami dari melakukan maksiat Ya Allah. 

Ya Allah sedarkanlah kami bahawa kematian itu pasti, maka sempurnakanlah persiapan kami untuk berjumpa dengan Mu Ya Allah. 

Ya Allah kuatkan dan sempurnakan iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami Ya Allah, panjangkan umur kami, kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik. Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar. 

Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah. 

Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha.

Ya  Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci. 

Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan  berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh. 

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami. 

Ya Allah dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami. Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali. 

Ya Allah masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah. 

Ya Allah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta  ahli keluarga dan para sahabatnya dan masukkan kami dalam golongan yang mendapat shafaatnya di padang mahshar nanti. َ 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah. 
                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْ

No comments:

Post a Comment